Sukan

Ketiadaan beberapa tonggak akhirnya terjawab

Pengurusan skuad Melaka United (MU) menafikan dakwaan beberapa pemain import tidak dapat diturunkan dalam dua aksi terakhir pasukan itu sebagai tanda protes.

Pengurus pasukan MU, Muhammad Akram Abdullah berkata, dia menafikan sekeras-kerasnya dakwaan beberapa pemain import tidak beraksi pada perlawanan men3ntang KL City FC, Sabtu lalu, disebabkan sab0taj daripada mereka.

Menurutnya, ketiadaan mereka pada perlawanan terbabit disebabkan kec3deraan menyebabkan Olusegun Ifedayo dan Adriano Narcizo tiada dalam senarai pasukan ketika berdepan Sabah.

Malah, Emmanuel Oti terpaksa dikeluarkan pada penghujung babak pertama bertemu skuad Sang Badak di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, awal minggu lalu akibat kec3deraan dialami.

Selain kec3deraan, faktor kecergasan turut menyebabkan Ifedayo, Adriano dan Oti tidak dapat diturunkan berdepan KL City di Cheras.

Saya menafikan sekeras-kerasnya terdapat sebarang protes terhadap pasukan sehingga trio terbabit tidak beraksi pada perlawanan penting berkenaan.

“Malah kami akui prestasi pasukan dilihat sedikit tempang tanpa mereka walaupun Sony Norde dan Justin Baas berada dalam kesebelasan pasukan dalam kedua-dua perlawanan itu,” katanya.

Sehubungan itu, Akram berharap trio itu dapat kembali bersama Norde dan Baas ketika Melaka United berkunjung ke Sri Pahang FC, Sabtu ini.

“Kehadiran pemain itu itu amat penting untuk meningkatkan persembahan dan motivasi pasukan apabila belum meraih sebarang kemenangan dalam empat perlawanan setakat ini.

Pada masa sama, semua pemain tempatan diharap sentiasa bersedia untuk diturunkan kerana Ifedayo, Adriano dan Oti hanya dapat disahkan pulih dan cergas menjelang perlawanan itu kelak.

“Konsep mengelak kesilapan sama sehingga mengundang jaringan kepada lawan mampu menjadi pemangkin usaha untuk mengejutkan Sri Pahang kali ini,” katanya.

Sementara itu, Kelab Bolasepak Melaka United (MUFC) turut meng3cam sekeras-kerasnya segala bentuk kenyataan dan tindakan meny3rang serta berbaur perkauman ditujukan kepada Pemilik/CEO MU FC, Datuk Wira Justin Lim di Stadium KLFA, kelmarin.

sumber:- HM

Dalam kenyataannya, MUFC menjelaskan kelab terbabit akan melakukan segala yang termampu untuk menyokong Justin.