Sukan

Kami bukan jenis ‘parking bas’

Tatkala Selangor meraikan kejayaan merekodkan kemenangan pertama dalam Liga Super musim ini, pesta kemenangan mereka di Stadium MBPJ malam tadi ter3ncat seketika gara-gara sekumpulan penyokong The Red Giants berkonfrontasi dengan kapten pasukan, Safuwan Baharudin.

Kejayaan menjinakkan Kedah Darul Aman 4-1 itu masih belum cukup meredakan semangat penyokong yang mengharapkan untuk menamatkan kemarau trofi sejak 2015 tetapi acap melepaskan lebih 30 gol dalam beberapa musim terakhir.

Difahamkan, Ultra Selangor kecewa dengan barisan terakhir kelab Lembah Klang itu yang dibolosi enam gol dalam tiga perlawanan liga, malah perkara ini turut menarik perhatian ketua jurulatih, Michael Feichtenbeiner, yang berharap ‘pemain ke-12’ memahami falsafahnya dalam usaha menerapkan permainan cantik.

Kami mahu menikmati permainan, kami mahu meny3rang jadi kami ambil sedikit risiko dalam soal bertahan.

Saya tidak mahu terlalu bertahan dan mengharapkan s3rangan balas jadi kami mahu meny3rang dan cipta peluang.

“Kalau ada pihak yang tidak senang dengan jumlah jaringan yang dibolosi, tidak mengapa itu pandangan anda,” katanya pasca perlawanan.

Tambahnya, penyokong harus melihat kepada statistik perlawanan, lebih-lebih lagi barisan s3rangan mereka musim ini makin menyengat.

Saya menikmati permainan kami. Kami sudah menjaringkan sembilan gol dalam tiga perlawanan dan enam gol lagi ke atas pencabar daripada Liga M3 dalam Piala FA.

sumber:- SA

“Kami banyak meny3rang dan gol yang kami lepaskan juga melalui pasukan handalan.”Secara peribadinya, corak permainan ini lebih seronok untuk disajikan penonton atau kami hanya meletakkan bas, namun ini bukan cara saya,” katanya lagi.