Sukan

Sri Pahang FC gagal manfaat laman sendiri

Sri Pahang FC gagal memanfaat kelebihan beraksi di halaman sendiri selepas sekadar seri 1-1 berdepan PJ City FC di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi.

Tuan rumah memulakan aksi dengan meng@ncam kubu pelawat menerusi percubaan striker import, Mahmoud Za’tara yang berjaya diselamatkan penjaga gol PJ City, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi seawal minit kelapan.

Pada minit ke-22, Manuel Hidalgo turut memiliki peluang untuk menjaringkan gol pendahuluan tetapi bola r3mbatannya terkena tiang gol di sebelah kanan lawan.

Bagi PJ City pula, peluang terbaik yang mereka dimiliki ialah menerusi Darren Lok dan S Kumaahran pada minit ke-31 dan 32 yang berjaya diselamatkan penjaga gol Sri Pahang, Mamadou Samassa.

Akhirnya, gol pendahuluan yang dicari-cari hadir pada minit ke-38 menerusi rembatan daripada Hidalgo dari luar kotak penalti.

sumber:- H

Bagaimanapun, ketika lima minit sebelum perlawanan tamat, pemain tengah, R Barathkumar berjaya menjaringkan gol penyamaan sekali gus membolehkan PJ City membawa pulang satu mata.