Sukan

Sah bergelar juara Terbuka Korea

Pasangan beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing menamatkan penantian gelaran sejak 2017 apabila menawan pentas final Terbuka Korea yang berlangsung di Suncheon, sebentar tadi.

Kian Meng-Pei Jing yang diletakkan sebagai pilihan kedua kejohanan, menewaskan wakil tuan rumah, Ko Sung Hyun-Eom Hye Won 21-15, 21-18 dalam tempoh 49 minit sekali gus terus mend0minasi kemenangan dalam rekod tiga pertemuan antara mereka.

sumber:- BH

Kali terakhir Kian Meng-Pei Jing meraih gelaran adalah di pentas final Kejohanan Far East Malaysia Master 2017, menewaskan rakan senegara Goh Soon Huat-Shevon Lai 21-17, 21-9.