Sukan

KL City kecewakan lawan yang sudah derita

Juara Piala Malaysia, KL City FC terpaksa menunggu sehingga empat perlawanan liga untuk menikmati kemenangan pertama dengan menjadikan Melaka United sebagai ‘juadah pembuka’ di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Kemenangan 2-0 sudah cukup untuk memberikan tiga mata buat skuad bimbingan Bojan Hodak itu sekali gus mengecewakan skuad Kancil yang terus kempunan untuk meraih kemenangan sulung pada musim ini.

Apa yang menggembirakan Hodak sudah tentunya apabila anak buahnya tidak membenarkan sebarang gol pada malam ini selepas dibolosi tiga gol dalam tiga aksi berturut-turut sebelum ini.

Belumpun sempat kedua dua pasukan ‘panas’, KL City mendahului seawal minit ketiga selepas Paulo Josue menghukum kesilapan pertahanan Melaka di dalam kotak penalti menerusi rembatan kencang menewaskan Norazlan Razali.

Melaka sepatutnya boleh dibolosi sekurang-kurangnya dengan dua gol lagi apabila membenarkan Romel Morales (m7) dan Josue (m16) melakukan percubaan berbahaya namun diselamatkan menerusi ketangkasan Norazlan.

Norazlan bagaimanapun tewas buat kali kedua pada minit ke-29 apabila hantaran J Partiban yang bergerak daripada sebelah sayap kiri disudahkan dengan kemas oleh Josue untuk tuan rumah melebarkan jurang pada minit ke-29.

Bersambung babak kedua, KL City mengendurkan sedikit asakan dan Melaka berjaya merencana beberapa gerakan yang baik namun usaha yang diberikan tidak cukup untuk menguji gawang tuan rumah.

sumber:- BH

KL City yang sekali sekala melakukan s3rangan balas pantas gagal mendapatkan gol tambahan dan memaksa keputusan 2-0 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.