Juara Piala Malaysia, Kuala Lumpur City FC (KL City) semakin menemui rentak cemerlang musim lalu apabila kembali ‘mengg@nas’ dengan melakar kemenangan sulung apabila membenam Melaka United 2-0 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras malam tadi.
Ia adalah kemenangan pertama musim ini selepas mengharungi empat aksi Liga Super sekali gus sedia untuk tampil lebih konsisten selepas ini.
Pengendali pasukan, Bojan Hodak berkata, kehadiran semula beberapa tonggak utama seperti Romel Morales, Kevin Koubemba dan Zhafri Yahya daripada masalah kecergasan serta kec3deraan berjaya memberi keseimbangan buat pasukannya.
Zhafri sudah kembali dan dia bermain dengan sangat baik sepanjang 45 minit permainan.
Untuk jurulatih, apa yang penting adalah memiliki ramai pemain. Walaupun kami ada beberapa pemain muda, namun kadangkala mereka takut untuk beraksi.
“Tapi kini sekembalinya Zhafri dan Romel dalam pasukan, kita ada pemain yang cukup. Jadi sebagai jurulatih, itulah yang penting buat sesebuah pasukan,” kata Hodak dalam sidang media selepas aksi itu malam tadi.
KL City yang menamatkan kemarau 32 tahun untuk mendakap kembali Piala Malaysia selepas mengejutkan Johor Darul Ta’zim pada aksi final musim lalu berjaya meraih dua gol di babak pertama bagi mengecewakan Melaka United.
Tiga mata maksimum itu diperolehi menerusi jaringan pemain import yang juga ketua pasukan, Palou Josue seawal minit ketiga dan 30 untuk membantu skuad Warga Kota mengumpul empat mata daripada empat aksi yang dilalui setakat ini.
Begitupun, Hodak mengakui skuar Hang Tuah turut beraksi baik namun tuan rumah lebih bernasib baik.
Saya fikir mereka (Melaka) bermain dengan baik namun masalah utama mereka hilang tiga hingga empat pemain utama, mungkin bahagian s3rangan mereka dalam tahap bukan terbaik.
sumber:- HM
“Tapi cara mereka bermain, menekan kami, cara mereka memegang bola agak bagus. Namun akhirnya kami sedikit bagus di kawasan kubu lawan,” katanya.