Kekalahan memeritkan di tangan Petaling Jaya City FC (PJ City FC), pada saingan Liga Super Rabu lalu masih dirasai oleh striker Terengganu FC (TFC), Kpah Sherman namun dia tidak mahu perkara sama berulang apabila bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT), esok.

Pada pertemuan dengan TFC, striker Liberia itu mengakui sukar untuk men3mbusi sehingga sembilan pemain di benteng pertahanan PJ City yang menyaksikan mereka tewas 0-3 hasil hatrik Darren Lok.

Katanya, PJ City begitu kebal di barisan pertahanan tanpa langsung memberi peluang kepada mereka untuk men3mbusi gawang gol dan akhirnya pulang tanpa sebarang jaringan.

Nyata, kekalahan itu memberi banyak pengajaran kepada TFC dan perlu memperbaiki segala kelemahan kerana aksi seterusnya pasti lebih sukar apabila berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, esok.

Memang sangat kecewa apabila tewas 0-3 apatah lagi ini adalah perlawanan pertama kami untuk musim ini. PJ City bermain hampir lapan hingga sembilan pemain di bahagian pertahanan dan kami susah nak menembusi mereka, jadi kami hilang peluang dan tewas.

Selepas berakhir perlawanan, jurulatih (Nafuzi Zain) terus memberikan semangat dan motivasi kepada kami untuk terus bangkit dan kena belajar daripada kesilapan yang dilakukan itu.

sumber:- HM

“Berdepan JDT, mereka memang lawan yang kuat jadi kami kena bekerja lebih keras dan perbaiki kelemahan,” katanya.