Kapten Terengganu FC (TFC), Kipre Tchetche mengakui cabaran sengit bakal menanti pasukannya apabila berdepan pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim Iskandar Puteri, malam esok.

Namun strikeryang digelar ‘Drogba Ganu’ itu tidak rela ‘menangis’ buat kali kedua berturut-turut, sebaliknya dia dan rakan sepasukannya yakin mampu memberikan cabaran hebat kepada skuad Harimau Selatan itu.

Anak bongsu daripada enam adik-beradik itu juga turut dahagakan jaringan pertama terutama selepas kembali bersama skuad Penyu sesudah dua musim berkelana menyarung jersi Kedah Darul Aman FC (KDA FC).

Bagaimanapun pemain kelahiran Ivory Coast itu menasihati diri dan rakan sepasukannya agar beraksi dengan sepenuh tenaga dan kekal fokus sepanjang 90 minit bagi memastikan keputusan positif dapat diraih dalam perlawanan kedua itu.

Perlawanan malam esok sudah tentu aksi yang dinanti-nantikan semua peminat dan semua tahu bukan tugas mudah buat kami berdepan dengan juara bertahan itu lebih-lebih lagi beraksi di tempat mereka.

Tapi kami hadir ke Johor untuk mendapatkan keputusan yang positif dengan keazaman untuk sekurang-kurangnya membawa pulang satu mata ke Terengganu, lagipun pemain TFC juga tidak kurang hebatnya dengan semua pemain sudah bersedia sepenuhnya.

“Namun pada masa sama saya ingatkan diri dan rakan sepasukan perlu bekerja lebih keras lagi berbanding aksi pertama sebelum ini bagi mengelak terjerat dengan taktikal skuad lawan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

sumber:- HM

Skuad kendalian Nafuzi Zain yang dikejutkan dengan kekalahan 3-0 kepada pasukan tanpa pemain import, PJ City FC minggu lalu dijangka bakal menampilkan strategi berbeza berdepan skuad kendalian Benjamin Mora yang hadir dengan reputasi tanpa bolos selain merakam kemenangan tiga perlawanan berturut-turut dalam saingan liga sebelum ini.