Sukan

Kemunculan semula Goh Jin Wei cipta sensasi

Dua pemain perseorangan lelaki dan wanita negara, Ng Tze Yong dan Goh Jin Wei meneruskan rentak cemerlang untuk menempah tiket ke suku akhir badminton Terbuka Korea.

Kejohanan yang berlangsung di Suncheon itu menyaksikan Tze Yong hanya memerlukan 44 minit untuk menundukkan wakil tuan rumah Kim Donghun 21-14, 21-19, semalam.

Manakala bekas juara remaja dunia, Goh Jin Wei yang beraksi atas tiket sebagai pemain profesional dituntut bekerja keras sebelum berjaya menewaskan wakil tuan rumah, Lee Sea Yeon dalam pertarungan tiga set 21-17, 17-21, 21-12.

Turut mara ke suku akhir adalah beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, Ong Yew Sin-Goh Liu Ying dan beregu lelaki, Yew Sin-Teo Ee Yi.

Kian Meng-Pei Jing yang diletakkan sebagai pilihan kedua kejohanan beraksi selama 25 minit untuk menewaskan Na Sung Seung-Kim Min Ji 21-11, 21-9.

Manakala dalam satu lagi aksi beregu campuran, Yew Sin-Liu Ying tidak perlu bermandi peluh apabila meraih kemenangan percuma selepas beregu pilihan pertama, Seo Seungjae-Chae Yujung menarik diri.

Pemenang pingat gangsa Kejohanan Dunia Yew Sin-Ee Yi mara ke suku akhir selepas menewaskan pasangan Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin 22-20, 21-11.

sumber:- HM

Sementara itu, cabaran pemain beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, Vivian Hoo-Lim Chiew Sien (beregu wanita), Cheam June Wei (perseorangan lelaki), Goh V Shem-Low Juan Shen (beregu lelaki) terhenti di pusingan kedua selepas tewas kepada lawan masing-masing.