Sukan

Reaksi Mora selepas berjaya cipta rekod

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora tidak mahu terus berada di awangan dengan terlalu bangga terhadap rekod yang berjaya dicipta oleh pasukannya.

Walaupun, juara lapan kali Liga Super itu berjaya meraih kejayaan berganda selepas membenam KL City FC 3-0 pada aksi Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur semalam, namun perkara itu tidak membawa sebarang erti jika persembahan pasukan tidak konsisten.

Katanya, misi yang lebih penting buat pasukan itu adalah terus konsisten untuk mengutip tiga mata dalam setiap perlawanan yang diharungi mereka pada musim ini.

Saya tidak kisah mengenai rekod kerana sejarah ataupun rekod tidak memberikan anda mata, kemenangan ataupun trofi. (Apa) yang memberikan anda piala dan keseimbangan adalah menang tiga mata pada setiap minggu.

Sudah tentu ia satu perkara yang baik untuk memecahkan rekod tanpa kalah tetapi itu tidak penting buat saya. Kita tidak memikirkan untuk memecahkan apa-apa rekod ataupun cuba menghalang KL City FC daripada meneruskan rekod mereka.

“Kita hanya mahu berikan yang terbaik dan mendapatkan tiga mata. Kita datang ke sini untuk tiga mata dan ada lagi perkara yang boleh diperbaiki,” katanya.

Selain itu, Mora berkata, anak buahnya memperagakan gaya dan corak permainan yang lebih baik sekalipun skuad ‘Warga Kota’ tampil dengan corak permainan agresif yang menyaksikan kad kuning dan kad merah terpaksa dilayangkan.

Saya tidak ada komen mengenai cara permainan lawan. Kita kenal pasukan lawan dan kita tahu bagaimana mereka akan men3ntang kita serta cara mereka membendung kita.

sumber:- HM

“Itu adalah cara dan gaya permainan mereka dan kita pun ada gaya permainan tersendiri. Gaya permainan kita lebih baik pada malam ini (semalam),” katanya.