Sukan

Mutu pengadilan sekali lagi dipersoal

Ketua jurulatih Kuala Lumpur City FC, Bojan Hodak, berkata bahawa dia terpaksa berdiam diri kerana gusar akan didenda seandainya bersuara mengenai mutu pengadilan dalam Liga Super.

Ini selepas skuad Warga Kota itu tewas 0-3 kepada Johor Darul Ta’zim FC (JDT) dalam aksi liga di Cheras kelmarin, sekali gus menamatkan rekod 23 perlawanan tanpa kalah di laman sendiri.

Hodak, dalam sidang media selepas perlawanan itu, seakan-akan tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan Razlan Joffri Ali sepanjang 90 minit.

“Saya tidak dapat memberikan komen kerana saya hanya perlu bercakap mengenai pengadil,” katanya seperti yang dipetik Nadi Arena.

Jika saya tidak bercakap mengenai pengadil, tiada apa untuk diperkatakan dan saya tidak dapat bercakap mengenai pengadil kerana saya akan didenda.

“Kami akan menghantarkan potongan video kepada FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) tentang apa yang kami tidak berpuas hati dan melihat apa yang dapat mereka lakukan,” katanya.

Aksi di Stadium KLFA menyaksikan Fernando Forestieri membuka jaringan buat pelawat pada minit ke-18 sebelum Berson da Silva menambah dua lagi gol pada minit ke-81 dan 95.

sumber:- SA

Kenny Pallraj muncul satu-satunya pemain dilayangkan kad merah manakala daripada tujuh kad kuning yang dilayangkan pengadil, hanya satu daripadanya ditujukan buat JDT.