Sukan

Chong Wei sah terima tawaran

DATUK Lee Chong Wei disarankan untuk memulakan karier kejurulatihan bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sekiranya beliau berminat menceburi bidang tersebut.

Perkara itu dicadangkan oleh pemerhati sukan badminton negara, Roslin Hashim yang melihat pengalaman luas dimiliki Chong Wei mampu untuk melahirkan lebih ramai bakat pada masa akan datang.

Kalau dia (Chong Wei) nak jadi coach, saya rasa dia lebih elok jadi coach tempat sendiri (skuad kebangsaan) berbanding berkhidmat di negara luar.

Kenapa saya cakap dia perlu jadi jurulatih di negara sendiri, sebab dalam single department, kita masih lagi kekurangan pemain berbakat. Masalah ini bukan berlaku sekarang malah ketika zaman dia jadi pemain.

“Jadi saya rasa dengan kemampuan dan pengalamannya, saya rasa dia mampu untuk gilap lebih ramai pemain berbakat pada masa akan datang,” katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.

Sebelum ini, media melaporkan Chong Wei mengesahkan bahawa beliau menerima beberapa tawaran luar bagi melatih skuad badminton negara masing-masing.

Bagaimanapun, bekas pemain nombor satu dunia itu enggan mendedahkan negara mana yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Roslin turut menasihatkan Chong Wei memastikan dirinya benar-benar sihat terlebih dahulu sebelum menceburi bidang kejurulatihan yang mempunyai tekanan lebih tinggi berbanding sebagai seorang pemain.

Chong Wei perlu faham, jadi seorang jurulatih ini bagi saya tidak ada beza sangat ketika menjadi seorang pemain, cuma tekanan dia lebih sikit daripada bermain.

sumber:- SH

“Jadi saya nasihatkan dia supaya benar-benar s3mbuh dahulu sebelum jadi jurulatih kerana dia mungkin akan merisik0kan dirinya sekiranya kalau belum pulih,” ujarnya.