Sukan

Selangor kempunan lagi

Hasrat Negeri Sembilan FC ( NSFC) untuk meneruskan rentak kemenangan tidak kesampaian apabila seri 2-2 dengan Selangor FC, dalam aksi Liga Super, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi.

Biarpun pasukan pelawat beraksi dengan 10 pemain selepas Yazan Mousa Mahmoud diperintah keluar padang apabila dilayangkan kad merah oleh pengadil Hamdan Awang pada minit ke-22, kerana mengasari Matheus Alves, namun tuan rumah gagal mengambil kesempatan.

Bermula dari minit awal perlawanan, rentak skuad Hobin Jang Hobin serba tidak menjadi apabila gerakan yang cuba dicipta untuk mendapatkan gol mudah dipatahkan bahagian pertahanan Selangor.

Anak buah Michael Feichtenbeiner mendapat gol saguhati menerusi jaringan sendiri pemain pertahanan Negeri Sembilan, Nasrullah Hanif Johan yang tertampan bola hantaran lintang Caion ke dalam gawang, untuk membantu Selangor mendapatkan gol pertama pada minit ke-34.

Bersambung babak kedua, Selangor terus bertindak agresif dengan melakukan s3rangan dan hasilnya mereka mendapat sepakan penalti selepas pertahanan Negeri Sembilan menjatuhkan Mohamad Shahrel Fikri pada minit ke-49.

Caion yang mengambil sepakan mudah menewaskan Syihan Hazmi untuk Selangor mendahului 2-0.

Tuan rumah bagaimanapun berjaya merapatkan jurang menerusi sepakan penalti pada minit ke- 57, selepas pemain gantian Kossi Adetu dijatuhkan dalam kotak penalti.

Pemain pertahanan, Herold Goulon yang mengambil sepakan mudah menewaskan penjaga gol Selangor, Khairulazhan Khalid.

Adetu kemudian mencetak nama sebagai penjaring menerusi gol penyamaan Negeri Sembilan pada minit ke-75.

sumber:- HM

Usaha kedua-dua pasukan untuk menambah jaringan buntu dan kedudukan 2-2 kekal sehingga ke wisel penamat.