Sukan

Komen Ketua Pasukan KDA FC menjelang perlawanan dengan Gergasi Liga Super

Ketua Pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Syazwan Zainon mengingatkan skuadnya agar tidak leka apabila men3ntang Sri Pahang di gelanggang sendiri pada aksi Liga Super, malam esok.

Menurut pemain lebih dikenali sebagai Wan Karpet itu, perlawanan men3ntang skuad Tok Gajah dianggap aksi sukar apabila pasukan kembali beraksi semula dalam perlawanan berintensiti tinggi selepas berehat selama tiga minggu.

Daripada tiga kemenangan dalam perlawanan sebelum ini, kami mendapat moral serta motivasi tinggi, namun perlu berjaga-jaga kerana selepas tempoh rehat tiga minggu yang dilalui ini kami perlu bermula kembali ke tahap permainan seperti sebelum ini.

Kami tidak boleh menilai kemampuan Sri Pahang pada aksi mereka men3ntang Manjung City, baru-baru ini kerana itu mungkin disebabkan mereka bermula selepas rehat panjang akibat C0vid-19 dan sudah pasti kali ini mereka mahu meningkatkan lagi mutu permainan bila hadir ke Darul Aman.

“Setiap lawan boleh melakukan kejutan dan dalam bola sepak, apa saja keputusan boleh terjadi. Jadi, kami perlu bersedia sepenuhnya untuk memulakan perlawanan pertama dalam bulan puasa ini,” katanya.

Menyentuh mengenai persiapan pasukan yang tertumpu pada waktu malam sepanjang Ramadan ini, pemain dilihat tetap bersemangat dan memberi fokus sepenuhnya bagi memastikan aspek kecergasan dapat dikekalkan.

Menurutnya, mereka mengerah tenaga habis-habisan untuk mempersiapkan diri bagi perlawanan kali ini.

Kami mendapat keputusan positif dalam dua perlawanan persahabatan minggu lalu dan itu yang diharapkan supaya tahap kecergasan dapat dikekalkan untuk perlawanan dalam bulan puasa ini.

sumber:- HM

“Saya mengharapkan tumpuan serta fokus sepenuhnya daripada setiap pemain dan sesiapa sahaja yang dipilih dalam kesebelasan utama membawa misi memburu kemenangan kali ketiga dalam saingan Liga Super ini,” katanya.