Sukan

Jurulatih tempatan dan import kembali bercakaran

Saingan Liga Super kembali bersambung, esok selepas hampir sebulan berhenti rehat dan memberi laluan kepada persediaan skuad Harimau Malaya.

Tiga perlawanan bakal disajikan kepada penyokong bola sepak tempatan dengan pert3mbungan paling mencuri tumpuan membabitkan juara Liga Perdana musim lalu, Negeri Sembilan men3ntang Selangor di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Melaka United pula menanti kunjungan Sabah di Stadium Hang Jebat, manakala Sarawak United berdepan Penang di Stadium Negeri, Kuching.

Berdasarkan tiga perlawanan itu, perkara menarik untuk disaksikan adalah ‘p3rang’ jurulatih tempatan dan import yang membabitkan K Devan (Negeri Sembilan), Michael Feichtenbeiner (Selangor), Risto Vidakovic (Melaka United), Datuk Ong Kim Swee (Sabah), B Sathianathan (Sarawak United) dan Tomas Trucha (Penang).

Tidak kira status jurulatih tempatan atau import, percaturan mereka akan memainkan peranan utama dalam mendapatkan keputusan buat pasukan masing-masing.

Negeri Sembilan baru beraksi satu perlawanan musim ini ketika menang 1-0 ke atas Sabah, 4 Mac lalu sebelum aksi mereka ditunda akibat pemain dan pegawai pasukan dijangk!ti C0vid-19.

Selangor pula beraksi dua perlawanan musim ini termasuk seri 3-3 dengan KL City dalam aksi sulung Liga Super dan menewaskan wakil Liga M3, Harini FT 6-0 pada pusingan pertama Piala FA, bulan lalu.

Malah, skuad Hobin Jang Hobin dan Gergasi Merah sebenarnya sudah lama tidak berentap apabila kali terakhir bertemu dalam Liga Super pada Jun 2018 yang menyaksikan Negeri Sembilan menang 3-1.

Sabah tampak bermotivasi apabila berada di kedudukan ketiga liga ketika ini dengan mengumpul tiga mata hasil kemenangan 3-1 ke atas PJ City pada 9 Mac lalu selepas tewas pada aksi pembukaan liga di tangan Negeri Sembilan.

Sementara itu, Sarawak United mengubah nasib selepas menghuni tangga tercorot liga tanpa sebarang mata susulan kekalahan di tangan juara dan naib juara Liga Super musim lalu, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah Darul Aman (KDA).

sumber:- HM

Berikutan itu, aksi berdepan Penang boleh dianggap peluang terbaik buat Sarawak United yang juga pendatang baharu Liga Super musim ini untuk membvru mata sulung.