Pengendali skuad futsal negara, Chiew Chun Yong mahu anak buahnya lebih berwaspada apabila turun berdepan Indonesia dalam kempen Kejuaraan Futsal AFF 2022, esok.
Ia adalah perlawanan kedua skuad negara bagi Kumpulan A di Stadium Tertutup Huamark, Bangkok selepas menewaskan Kemboja 7-6 dalam aksi pertama, semalam.
Chun Yong menjangkakan perlawanan berdepan Indonesia lebih sukar berbanding ketika anak buahnya dipaksa mandi peluh sebelum mengatasi Kemboja.
Saya menjangkakan perlawanan men3ntang Indonesia akan lebih sengit dengan masing-masing sudah tentu mahu berada pada kedudukan terbaik dalam Kumpulan A.
Oleh itu, saya harap pemain tidak melakukan kesilapan mudah terutama dalam mengawal pergerakan pemain lawan. Semalam (men3ntang Kemboja) anda boleh lihat kita kerap terlepas dalam mengawal pemain lawan.
“Tapi saya yakin semua pemain mampu bangkit dengan lebih kuat pada perlawanan akan datang. Mungkin corak permainan akan diubah sesuai dengan corak permainan Indonesia,” katanya.
sumber:- BH
Selepas Indonesia, anak buah Chun Yong dijadual berdepan Brunei, Selasa ini sebelum berdepan pasukan tuan rumah yang juga pilihan kejohanan, Thailand pada Rabu ini.