Sama seperti saingan liga terkemuka antarabangsa, pemain Liga Malaysia (Liga M) tidak akan ‘berehat’ apabila tetap perlu beraksi memandangkan saingan liga diteruskan seperti biasa pada bulan Ramadan.
Tiada perubahan yang besar untuk aksi pada bulan Ramadan selain sepak mula yang dilewatkan kira kira sejam berbanding waktu kebiasaan di mana aksi akan bermula pada jam 9.15 malam dan 10 malam.
Jelas cabaran yang perlu dihadapi pemain beragama Islam adalah mereka perlu berpuasa pada siang hari dan kemudiannya perlu beraksi secara kompetitif hanya dua jam selepas berbuka puasa.
Namun pemerhati sukan, Mohd Sadek Mustaffa berpandangan bulan Ramadan bukanlah alasan untuk pemain memberi aksi yang ‘ala kadar’ ataupun ‘lemau’ buat pasukan yang diwakili mereka.
Ini kerana Sadek yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam menjelaskan penyusunan diet yang betul dan disiplin pemain dapat membantu mereka mengekalkan prestasi sekalipun beraksi pada bulan puasa.
Pakar nutrisi pasukan perlu menyusun diet pemain dengan teliti kerana pemain kekurangan air selepas berpuasa. Penyusunan diet itu membabitkan apa yang perlu diambil ketika berbuka dan boleh dihadam dengan baik dalam tempoh dua jam setengah.
Antaranya roti dan nasi dalam jumlah yang sedikit, mungkin juga sup, cecair ataupun bahan yang dikisar supaya boleh diserap dengan mudah. Kurma pun satu diet yang baik kerana ada banyak karbon asas untuk tenaga.
Dengan satu lagi cabaran iaitu C0VID-19, kalau boleh pemain elakkan daripada bersesak sesak di bazar Ramadan. Elak juga makanan berasid kerana selepas berpuasa, perut sudah pun berasid dan perkara itu boleh mengakibatkan ketidakselesaan perkumuhan.
Prestasi mereka tidak akan terjejas sekiranya mereka bijak merencana semula sistem harian mereka untuk 30 hari. Memang tiada masalah untuk mereka terus beraksi seperti pada bulan biasa.
“Sebagai contoh kita lihat pemain Muslim seperti Sadio Mane dan Mohamed Salah, mereka buat penyesuaian supaya dapat beraksi dengan baik walaupun sedang berpuasa,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Sadek juga melihat penstrukturan semula sesi latihan yang pasti dilakukan jurulatih pasukan amat diperlukan meskipun ia mampu mengakibatkan gangguan buat sistem tubuh di peringkat awal.
Sesi latihan sehingga lewat ketika badan memasuki waktu untuk tidur dan ditambah dengan berpuasa seharian, ia akan memberi kesan kepada tubuh pemain secara semulajadinya.
sumber:- BH
“Jadi pemain perlu cepat menyesuaikan diri dalam aspek perubahan masa permainan tetapi kalau mereka betul betul profesional, mereka tidak akan terganggu pada bulan puasa sekalipun,” katanya.