Sukan

Kim Swee ada resepi sendiri di bulan puasa

Ketua jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee mahu semua pemainnya menitikberatkan aspek pemakanan dengan lebih serius bagi menjaga tahap kecergasan sepanjang aksi di bulan Ramadan.

Berdepan perubahan waktu sepak mula perlawanan pada bulan puasa ini, bekas pengendali skuad kebangsaan itu percaya anak buahnya tiada masalah untuk menyesuaikan diri bagi memastikan persembahan pasukan tetap konsisten.

Banyak aspek yang perlu kita fikirkan bukan sahaja dari segi waktu sepak mula tetapi aspek pemakanan di mana banyak yang perlu pemain ambil serius.

Apa yang pemain makan itu adalah satu faktor paling penting sebab apabila kita beraksi jam 10 malam, berbuka pukul 7.30 malam. Jurang waktu dua jam setengah itu mereka tidak boleh makan makanan yang terlalu berat sebab ia akan beri impak yang berbeza.

“Tetapi, saya tidak perlu fikir perkara negatif mengenai situasi ini sebab semua pasukan pun akan bermain pada waktu yang sama. Jadi pemain hanya perlu menyesuaikan dengan perkara yang ditetapkan ini,” katanya.

Sabah sebelum ini tewas 0-1 dalam aksi pertama Liga Super berdepan Negeri Sembilan sebelum menang 3-1 ke atas PJ City FC dalam aksi kedua pada 9 Mac lalu.

Sabah ketika ini berada di Kuala Lumpur selama seminggu bagi melakukan persiapan rapi menerusi perlawanan persahabatan menjelang aksi liga berdepan Melaka United FC, Selasa ini.

Mengulas lanjut, Kim Swee menyifatkan persiapan yang dilakukan di Kuala Lumpur akan membantu anak buahnya bersedia dengan lebih baik bagi menghadapi perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Hang Jebat itu.

Kami di Kuala Lumpur bagi mendapatkan perlawanan persahabatan di sini sebab kalau di Sabah, kita kekurangan pasukan untuk lawan dengan Sabah dan sebab itu, kami datang ke sini lebih awal bagi melakukan persiapan.

sumber:- BH

“Paling penting adalah aksi menentang Melaka sebab kita tahu mereka hanya mendapat satu mata setakat ini dan ini akan beri kita cabaran di mana mereka pastinya ingin memperbaiki kelemahan seperti mana kita sendiri sebab Sabah juga baru menang satu perlawanan,” katanya.