Ketika banyak mata terarah kepada Luqman Hakim Shamsudin di Liga Belgium bersama KV Kortrijk, tidak ramai menyedari Malaysia turut memiliki seorang lagi striker muda berwibawa sedang meningkat naik di Eropah.

Muhamamad Rafieq Al-Amzar Zulkifeli, 18, yang kini beraksi dengan kelab utama Liga Bosnia adalah permata baharu negara yang semakin dikenali dan tidak mustahil mampu membarisi jentera s3rangan skuad Harimau Malaya, selepas ini.

Rafieq yang berasal dari Petaling Jaya, Selangor, mula menyertai kelab NK Zvijezda Gradacac pada musim lalu dan sudah men3mbusi kesebelasan utama skuad B-19, selain turut disenaraikan dalam pasukan senior kelab terbabit dalam saingan divisyen dua Bosnia.

Lebih membanggakan apabila baru-baru ini dia mel3dak dua gol ketika kelabnya memb3lasah FK Ilicka 01 Brcko dalam saingan B-19, sekali gus membuktikan anak tempatan mampu menjaringkan gol di pentas Eropah.

Jelas Rafieq, dia cukup berbangga apabila berjaya mencetak nama selaku penjaring dan mengakui ia melonjakkan motivasinya untuk tampil lebih berbisa.

Saya sangat bangga selepas menjaringkan dua gol kerana dapat membantu skuad B-19 Nk Zvijezda Gradacac mendapatkan tiga mata penuh. Sekarang kami berada di tangga teratas liga FBIH (Liga Satu Bosnia Herzegovina).

“Banyak perubahan dan pengalaman saya dapat pelajari dari hari ke hari selepas menyertai kelab Nk Zvijezda Gradacac ini.

“Di sini, saya hanya fokus bermain bola sepak secara profesional, berlatih bersama barisan kejurulatihan berpengalaman serta dapat bermain bersama skuad senior yang datang dari setiap pelusuk negara terutama dari Eropah sendiri,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Ditanya kesediaannya untuk pulang membantu skuad Harimau Malaya, anak kedua daripada lima beradik itu mengakui sedia mencurahkan tenaga jika dipanggil.

“Ya, saya sedia menyahut panggilan skuad negara serta bersedia menyarung jersi kebangsaan sekiranya diberi peluang kerana itu adalah impian terbesar saya,” katanya.

Kejayaan Rafieq itu sememangnya dinantikan peminat bola sepak negara selepas kebanyakan pemain muda negara yang meraih kontrak bersama kelab atau akademi bola sepak luar negara adalah pemain tengah atau pertahanan.

Satu-satunya striker tulen ketika ini hanyalah Luqman yang beraksi di Belgium dan dia kini kerap dipanggil menyertai skuad senior kebangsaan seperti Piala AFF dan terbaharu aksi persahabatan di Singapura minggu lalu.

sumber:- HM

Berbekalkan pengalaman dan pendedahan Rafieq di Eropah, sudah pasti mampu membantu pasukan negara yang jelas ketandusan striker berwibawa.