Sukan

Tidak mustahil satu lagi kejutan terjadi

Selepas terpaksa ditangguhkan sebelum ini, enam lagi pasukan akan berentap pada malam esok bagi merebut tiket ke pusingan kedua Piala FA 2022.

Tiga perlawanan terbabit membabitkan pasukan daripada ketiga-tiga divisyen iaitu Liga Super, Liga Perdana dan juga Liga M3.

Dua perlawanan membabitkan pertembungan ‘dua darjat’ apabila satu-satunya pasukan Liga Super yang tinggal, Melaka United FC akan berdepan pasukan amatur, PIB FC sementara pasukan Liga Perdana, Perak FC akan men3ntang satu lagi pasukan dari M3, Kijang Rangers.

Selepas pasukan amatur, Perlis United mencipta kejutan ke atas PDRM FC yang beraksi di Liga Perdana sebelum ini, tidak mustahil satu lagi kejutan boleh dicetuskan oleh Kijang Rangers

The Bos Gaurus ketika ini sedang berdepan krisis dan berdepan pelbagai masalah di dalam mahupun di luar padang, jadi mungkin ini adalah kesempatan terbaik untuk Kijang Rangers menambah d3rita buat anak buah Yusri Che Lah.

Apa yang menjadi penghalang buat Kijang Rangers adalah prestasi mereka ketika ini kerana sama seperti Perak FC, mereka juga menghuni tangga tercorot dalam Kumpulan B Liga M3.

Cuma dalam pertandingan kalah mat! seperti ini, ada kalanya akan berlakunya ‘magis’ dan siapa tahu mungkin Kijang Rangers akan turut mengiringi Perlis United ke pusingan kedua Piala FA musim ini.

Bagi satu lagi pasukan amatur PIB FC, inspirasi yang ditunjukkan oleh Manjung City FC ketika nyaris mengejutkan pasukan Liga Super, Sri Pahang FC wajar dijadikan contoh terbaik.

Bersaing dalam satu piramid yang sama dengan PIB FC, Manjung City FC membuktikan pasukan amatur mampu membuatkan pasukan profesional berpeluh sebelum mereka dikecewakan menerusi sepakan penalti penentuan.

Jika Manjung City FC dapat memberikan aksi yang bermaruah seperti ini, mengapa tidak buat PIB FC apatah lagi mereka kini turut mengharungi prestasi terbaik apabila menghuni tangga kedua Kumpulan B Liga M3.

Sementara itu, bagi pertembungan dua pasukan Liga Perdana, UiTM FC tampak memegang sedikit kelebihan memandangkan mereka sudahpun turun beraksi dalam dua perlawanan walaupun tewas kedua duanya.

sumber:- BH

Ini kerana skuad The Lion Troops pasti sudah memiliki persefahaman, kombinasi dan kecergasan yang diperlukan berbanding Kuching City FC yang akan beraksi buat julung kalinya bagi musim ini.