Sukan

Reaksi Legenda Malaysia dua Aksi Skuad Negara

Dua perlawanan persahabatan diharungi skuad Harimau Malaya bukanlah tiket kepada pengendali baharu Kim Pan-gon untuk ‘lulus’ dalam membawa perubahan kepada pasukan.

Berdasarkan dua aksi persahabatan men3ntang Filipina dan Singapura menyaksikan corak permainan ditampilkan barisan pemain tetap sama sekali gus banyak perkara perlu dilakukan Pan-gon dalam mengubah ‘budaya’ itu.

Bekas pemain kebangsaan Datuk Jamal Nasir Ismail berkata, pertemuan men3ntang Filipina menyaksikan Harimau Malaya lebih ‘mengaum’ dengan melakukan s3rangan berb@haya selain turut konsisten mengawal perlawanan.

Katanya, situasi terbabit berlaku sebaliknya ketika men3ntang Singapura apabila barisan s3rangan dan pertahanan serba tidak menjadi terutama gagal manfaat peluang terhidang untuk mencipta gol.

Terlalu awal nak kata Pan-gon berjaya membawa perubahan kepada pasukan kerana daripada pemerhatian menerusi dua perlawanan persahabatan menunjukkan budaya lama masih lagi diamalkan pemain.

Perlawanan persahabatan itu bukanlah ujian sebenar kepada Pan-gon kerana aksi pusingan akhir Kelayakan Piala Asia 2023 pada Jun kelak akan menguji kemampuan dan kebolehan jurulatih dari Korea Selatan itu.

“Pada pandangan saya, mungkin mengambil masa lama untuk berubah atau membina pasukan lebih mantap. Jika perbaiki corak permainan dan konsisten tidak mustahil mampu mencipta kejayaan,” katanya.

sumber:- HM

Beliau turut berkata, Pan-gon perlu melakukan sesuatu kepada pasukan bagi memastikan keputusan positif dapat dicipta pada pusingan akhir Kelayakan Piala Asia 2023.