Sukan

Rating Pan Gon agak tinggi

Masih terlalu awal untuk ‘melambung’ pengendali baharu skuad Harimau Malaya, Kim Pan Gon terlalu tinggi, namun bibit-bibit positif memang dilihat sudah mekar dalam kem skuad kebangsaan.

Situasi itu diakui jurulatih berpengalaman, Azraai Khor Abdullah yang menyifatkan ada perubahan yang dapat ditunjukkan skuad kebangsaan di bawah kendalian pengendali dari Korea Selatan itu dan menjadikan perlawanan bertambah ‘sedap’ untuk dinikmati.

Cukup setakat dua perlawanan pertama ini, kita tengok pun selesa dan seronok juga. Ada tanda positif daripada segi sikap terhadap permainan, persiapan dan kita nampak memang ada kemajuan.

Seperti perlawanan kelmarin (lawan Singapura), kita kalah tetapi ada kesungguhan yang ditunjukkan oleh barisan pemain kita. Jadi, perkara ini sesuatu yang positif untuk skuad kebangsaan.

(Perlawanan pertama menang, perlawanan kedua kalah) Perkara ini memang berlaku, contohnya semalam (kelmarin), kita ada peluang depan gol tetapi tidak dimanfaatkan manakala Singapura pula menggunakan peluang yang mereka ada.

“Secara keseluruhan, ada perubahan dari segi corak permainan khususnya dari segi ‘urgency’ dan kesungguhan pemain. Kalau tanya saya berapa rating yang boleh diberikan, saya letak 7/10,” katanya kepada BH Sukan.

Sebagai rekod, era baharu skuad kebangsaan di bawah kendalian Pan Gon bermula dengan ‘kemanisan’ apabila skuad bimbingan menundukkan Filipina 2-0 pada aksi persahabatan Siri Tiga Negara di Stadium Nasional, Singapura, Rabu lalu.

Kemenangan itu menyaksikan Pan Gon menamatkan ‘kitaran’ badi 18 tahun yang membelenggu pengendali skuad kebangsaan yang sebelum ini gagal meraih kemenangan dalam perlawanan pertama di bawah kendalian mereka.

Namun, hasrat Pan Gon untuk melakar kemenangan kedua tidak kesampaian selepas skuad kebangsaan tumbang 2-1 di tangan Singapura pada aksi ‘Tetangga Seberang Tambak’ di venue sama, kelmarin.

Dalam perkembangan sama, Azraai juga mahu melihat lebih banyak lagi boleh ditonjolkan oleh Pan Gon apatah lagi selepas beberapa pemain tampil dengan aksi terpuji dalam dua perlawanan persahabatan di Kota Singa itu.

Ada sebilangan pemain yang agak menyerlah seperti Akhyar Rashid, Safiq Rahim. Kita pun nampak kesungguhan Dion Cools (turun naik) atas bawah.

Tetapi kita pun mahu lihat penyudah yang lebih tajam dan lebih kental. Cuma apa yang saya bimbang adalah mengenai kec3deraan Syafiq Ahmad kerana selepas kemasukan Sumareh, dia tidak dapat lakukan apa yang Syafiq lakukan di atas padang.

sumber:- BH

“Saya berpendapat Pan Gon pun pasti menyedari perkara ini dan sudah tentu dia pun ada perancangan tersendiri,” katanya.