Sukan

Penyokong TFC terpaksa tunggu lagi

Peminat bola sepak Terengganu terpaksa menanti kira-kira sebulan lagi untuk menyaksikan kelibat tonggak import kacukan Filipina-England, Luke Woodland beraksi bersama Terengganu FC II (TFC II) kerana pemain itu masih belum sembuh sepenuhnya daripada kec3deraan dialami.

Ketua jurulatih TFC II, Badrul Afzan Razali yang menyatakan bekas pemain kelab Ratchaburi Mitr Phol dalam Liga Thailand musim lalu itu bakal membuat penampilan pertama selepas sambutan Aidilfitri pada awal Mei depan.

Pemain kelahiran Abu Dhabi, United Arab Emirates (UAE) itu bakal bersama pasukan kira-kira sebulan lagi selepas mengalami kecederaan lutut ketika aksi pemanas badan awal musim ini.

“Jadi kita tidak mahu mengambil risiko, kita harap pemain itu pulih sepenuhnya daripada kec3deraan bagi membantu pasukan mengharungi saingan Liga Perdana musim ini,” katanya ketika ditemui.

Dalam pada itu jurulatih muda meningkat naik itu akui penyerang importnya, Jordan Mintah mengalami kec3deraan ringan sekali gus menyukarkan pergerakannya ketika aksi bertemu Perak FC Jumaat lalu.

Saya tidak mahu menyalahkan pemain itu (Mintah) kerana dia mengalami kecederaan ringan menyebabkan gagal beraksi dengan baik ketika bertemu Perak FC.

sumber:- HM

“Namun walaupun c3dera, Mintah tetap bersemangat sehingga berjaya menjaringkan gol kedua pasukan ketika menundukkan skuad The Bos Gaurus 3-0, kita harapkan pertemuan dengan PDRM selepas ini, pemain kelahiran Ghana itu dapat pamerkan taring sebenar,” katanya.