Sukan

Reaksi Pengendali Singapura setelah berjaya tumbangkan Malaysia

Kejayaan mencetak kemenangan ke atas Malaysia dalam saingan Siri Tiga Negara menghadirkan senyum lebar di wajah pengendali sementara Singapura, Nazri Nasir semalam.

Walaupun secara keseluruhan permainan didominasi skuad Malaysia namun pengakhiran menerusi kemenangan 2-1 hadir kelegaan buat Nazri.

“Bertemu Malaysia sentiasa sesuatu yang istimewa bagi Singapura. Buat masa ini, saya mahu menikmati kemenangan ini beraksi di laman sendiri. Keputusan ini cukup bermakna buat pasukan dan diri saya sendiri,” katanya.

Sementara itu, penjaring tunggal Singapura yang meledak dua jaringan menewaskan Farizal Marlias, Ikhsan Fandi, teruja dengan kemampuan yang dicetak olehnya.

Lebih manis buat anak kepada pemain legenda Singapura, Fandi Ahmad, ialah diraikan bersama dua adik beradiknya yang terus berjuang di atas padang semalam iaitu Ilhan Fandi dan Irfan Fandi.

sumber:- SA

“Tugas saya adalah menjaringkan gol namun ini merupakan sesuatu yang cukup istimewa kerana saya beraksi bersama Ilhan dan Irfan memenangi perlawanan yang cukup penting bagi Singapura,” kata Irfan.