Sukan

Reaksi Pan Gon selepas dikalahkan pasukan tetangga

“Maaf atas keputusan ini tetapi ini bukanlah pengakhirannya,” kata pengendali skuad Harimau Malaya, Kim Pan Gon.

Justeru, tiada apa yang perlu diratapi atas kekalahan skuad kebangsaan di tangan Singapura, apatah lagi Pan Gon menegaskan dia cukup berbangga dengan persembahan yang ditunjukkan anak buahnya, malam tadi.

Malah, dia turut menyifatkan aksi tetangga ‘Seberang Tambak’ itu sebagai aksi percubaan yang sangat baik dan pemain juga dilihat memberi lebih daripada apa yang dijangkakan pengendali dari Korea Selatan itu.

Kita boleh seri dengan Singapura tetapi saya tidak mahu seri kerana sasaran kita untuk menang. Jadi kita tidak perlu takut untuk mengambil risik0. Kita akan memandang ke depan dan terus berfikiran positif.

Ini sahaja caranya kerana kalau tidak, kita tidak akan meningkat dan mencapai apa yang kita mahukan. Kita cuba jadikan identiti bola sepak Malaysia yang lebih positif, agresif, dinamik serta proaktif, jadi ini yang mahu kita tunjukkan kepada penyokong.

Kita akan belajar daripada kesilapan dan kita akan terus bekerja keras untuk memberikan yang terbaik bagi mencapai apa yang diharapkan penyokong. Satu hari nanti, kita akan dapat lakukannya.

“Ini bukanlah destinasinya kerana kita mahu pergi lebih jauh. Saya yakin dan positif bahawa kita boleh pergi lebih jauh,” katanya.

Terdahulu, hasrat Pan Gon untuk melakar kemenangan kedua tidak kesampaian selepas skuad kebangsaan tumbang 2-1 di tangan Singapura pada aksi persahabatan Siri Tiga Negara di Stadium Nasional, Singapura itu.

Anak legenda bola sepak Singapura, Ikhsan Fandi menjadi pemvsnah dengan satu gol pada setiap babak pada perlawanan yang turut menyaksikan pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi membuka akaun golnya bersama skuad kebangsaan.

Selepas dua perlawanan, Pan Gon kini merakam satu kemenangan dan satu kekalahan dengan mereka akan turun dalam aksi persahabatan tertutup berdepan Albirex Niigata FC Singapura, esok sebelum pulang ke tanah air.

Dalam perkembangan sama, Pan Gon mengakui banyak ruang penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi memantapkan lagi skuad negara sepenuhnya sebelum mengharungi Kelayakan Piala Asia 2023, Jun ini.

Tiada rungutan kepada pemain kerana saya menikmati 10 hari yang hebat bersama mereka sebelum ini. Kita akan melihat semula program latihan dan sudah tentu banyak lagi peningkatan yang boleh dilakukan.

sumber:- HM

“Kita perlu bertenang seketika dan kita akan mencari apa kesilapan yang dilakukan, jadi kita boleh perbetulkan kesalahan itu untuk menjadi lebih baik selepas ini,” katanya.