Sukan

Juara Piala Malaysia mungkin berdepan penggantungan

Juara Piala Malaysia Kuala Lumpur City FC (KL City FC) bakal berada dalam situasi ‘b@haya’ jika mengambil mudah terhadap tuntutan berjumlah lebih RM195,000 daripada ‘jurulatih tak jadi’ pasukan itu, Simon Elissetche sebelum 9 April ini.

Ini kerana peguam kepada Elissetche, Zhafri Aminurashid mendedahkan pasukan itu hanya mempunyai tempoh dua minggu untuk melangsaikan tuntutan berkenaan dan jika gagal berbuat demikian akan berdepan penggantungan daripada mendaftarkan pemain asing dan pemain tempatan baharu.

Malah, pasukan itu juga berisiko tidak boleh mendaftar pemain secara berturutan sehingga tiga tempoh pendaftaran jika gagal melunaskan tunggakan pada tarikh dinyatakan itu.

Zhafri menjelaskan KL City FC perlu menanggung akibat memandangkan organisasi itu dianggap sebagai sporting successor kepada Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA).

Kami merujuk kepada alasan keputusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) Badan Status Pemain (PSC) bertarikh 11 Januari 2022 yang sudah diserahkan oleh Fifa pada 3 Mac 2022 untuk perhatian dan pembayaran segera pihak yang terbabit.

KL City FC hendaklah membayar kepada Elissetche untuk perkara seperti elaun tiket penerbangan, elaun rumah, tunggakan gaji untuk dua bulan beserta faedah dan pampasan pemecahan pemecahan kontrak tanpa alasan munasabah beserta faedah.

“Jika gagal dilunaskan sebelum atau pada 9 April, KL City FC akan digantung daripada mendaftarkan pemain asing dan tempatan baharu bagi tiga tempoh pendaftaran pemain secara berturutan.

“Selepas selesai (penggantungan) tiga tempoh pendaftaran terbabit, perkara ini akan dibawa kepada Jawatankusa Disiplin Fifa untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sebagai rekod, tahun lalu, Elissetche dilaporkan akan mengheret KL City FC dan KLFA ke badan induk bola sepak antarabangsa itu bagi isu penamatan kontrak sebelah pihak.

sumber:- HM

Zhafri ketika itu menjelaskan tindakan terbabit terpaksa diambil selepas perbincangan yang diadakan bersama dua pihak terbabit sebelum ini menemui jalan buntu.