Sukan

Kelantan jangan leka berada ‘di awangan’

Kelantan FC terus mengukuhkan reputasi sebagai pencabar utama bagi kejuaraan Liga Perdana musim selepas membenam pendatang baharu, UiTM FC 3-0 malam tadi untuk kemenangan ketiga berturut-turut musim ini.

Bagaimanapun, pengendali The Red Warriors (TRW), Rezal Zambery Yahya memberi amaran kepada anak buahnya supaya tidak begitu selesa meskipun dilihat berada ‘di awangan’ ketika ini kerana cabaran sengit pasti akan ditampilkan oleh pasukan lain.

Kita ambil perlawanan demi perlawanan. Saya sudah ingatkan kepada pemain bahawa apa yang penting adalah persembahan mereka pada setiap perlawanan.

Tidak mudah untuk mendapatkan tiga mata kerana perlu ada usaha dan kerjasama antara satu sama lain. Kita perlu terus meningkatkan lagi persembahan dan cabaran lebih besar menanti kita untuk aksi pada bulan Ramadan nanti.

“Saya rasa pasukan lain akan memandang Kelantan FC sebagai cabaran dan mereka akan bermain lain daripada lain (apabila bertemu Kelantan FC). Jadi kita bersedia untuk lebih berdaya saing selepas ini,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai persembahan anak buahnya, Rezal melihat anak buahnya terus menunjukkan peningkatan dan hasilnya membantu mereka untuk terus mengutip tiga mata berharga bagi saingan musim ini.

Pemain sudah berani untuk melakukan hantaran ke depan. Kita lihat ketiga-tiga gol kita dengan situasi bola mat!, memang ini adalah perancangan kita. Jadi ia satu perkara yang positif buat pasukan.

sumber:- BH

“Pemain juga nampak lebih berkeyakinan dan walaupun hanya ada beberapa hari untuk melakukan persiapan selepas aksi terakhir berdepan skuad Projek FAM-MSN, pemain menunjukkan kesungguhan dan komitmen yang baik,” katanya.