Sukan

JDT II lonjak carta Liga

Johor Darul Ta’zim II (JDT II) melonjak ke tangga kedua Liga Perdana selepas menewaskan skuad Projek FAM-MSN 2-1 pada aksi di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), sebentar tadi.

Seawal minit ketiga perlawanan, JDT II sudah berada di depan berpunca daripada bola sepakan lintang Moussa Sidibe membolehkan pemain pertahanan pasukan itu, Feroz Baharuddin yang tidak dikawal menanduk bola masuk menewaskan penjaga gol, Mohamad Nabil Asyraf Ramli.

Sepatutnya tuan rumah mampu menghasilkan gol kedua pada minit ke-10 namun usaha keras Fernando Rodriguez yang berjaya mengatasi benteng pertahanan skuad kendalian Hassan Sazali Waras tetapi rembatan deras pemain import dari Sepanyol di luar kotak penalti melepasi palang gol.

Tuan rumah menjaringkan gol kedua pada minit ke-21 selepas Sidibe yang menerima bola lorongan Daryl Sham George bertindak memusingkan badan sebelum merembat bola tepat ke penjuru kiri gawang menewaskan Mohamad Nabil Asyraf.

sumber:- BH

Skuad Projek FAM-MSN merapatkan jurang gol pada minit ke-26 selepas bola sepakan percuma Mohamad Aikmal Roslan gagal dikeluarkan penjaga gol JDT II, Haziq Nadzli dan kesempatan itu digunakan sepenuhnya Muhammad Haikal Sahar yang merembat bola masuk ke gawang yang terbuka luas.