Pengendali skuad Harimau Malaya, Kim Pan Gon jelas berpuas hati apabila menyaksikan anak buahnya ‘laparkan’ kemenangan dan terus bersemangat seperti ditunjukkan sepanjang sesi latihan minggu lalu.

Hasilnya, era baharu di bawah kendalian Pan Gon bermula dengan ‘manis’ selepas skuad kebangsaan menundukkan Filipina 2-0 pada aksi persahabatan Siri Tiga Negara FAS di Stadium Nasional, Singapura, semalam.

Malah, pengendali dari Korea Selatan itu mengakui semua pemain menunjukkan aksi yang baik dan menunjukkan kesungguhan untuk bermain sebagai satu pasukan.

Mereka menunjukkan kesungguhan sepanjang sesi latihan dan saya nampak mereka bekerja keras dengan mencuba sebaik mungkin di atas padang.

Kita ada model permainan tersendiri tetapi kita perlu bersabar. Saya tahu pemain Malaysia memang berkualiti dan bagus, jadi saya sentiasa ingatkan mereka supaya percaya kepada diri sendiri.

Bukan sahaja dari segi taktikal tetapi juga m3ntal dan semangat berpasukan. Ini satu reaksi yang sangat bagus daripada pemain.

“Walaupun melakukan pertukaran pada separuh masa kedua, pemain dapat mengekalkan rentak dan corak permainan mereka,” katanya selepas perlawanan.

Sebagai rekod, kemenangan itu menyaksikan Pan Gon menamatkan ‘kitaran’ badi 18 tahun yang membelenggu pengendali skuad kebangsaan yang sebelum ini gagal meraih kemenangan dalam perlawanan pertama di bawah kendalian mereka.

Selain itu, keputusan itu membolehkan Malaysia meraih kemenangan pertama dalam enam perlawanan men3ntang pasukan di ranking ke-129 dunia itu selepas kali terakhir menang ke atas Filipina pada 2007.

Sementara itu, Pemain Terbaik Perlawanan, Dion Cools menyifatkan kemenangan itu sebagai satu permulaan yang baik selain memberi petanda positif kepada perkembangan skuad negara.

sumber:- BH

“Kami menyaksikan tekanan yang berbeza serta melihat struktur yang cuba dibentuk. Mungkin ia belum sempurna sepenuhnya. Jadi kita memerlukan masa untuk menjadikan ia lebih baik,” katanya.