Sukan

Kejutan besar Piala FA

Selepas kebanyakan pasukan Liga M3 menjadi m@ngsa pasukan profesional di pusingan pertama Piala FA 2022, Perlis United membuktikan pasukan amatur memiliki kualiti tersendiri untuk mencipta kejutan.

Skuad bimbingan Azizul Abidin itu membuktikan tiada yang mustahil dalam bola sepak apabila pasukannya mencetus s3nsasi dengan menundukkan pasukan Liga Perdana, PDRM FC 2-0 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, kelmarin.

Inilah bola sepak dan apa sahaja boleh berlaku. Setiap perlawanan bermula dengan 0-0 dan kita tahu PDRM FC adalah sebuah pasukan yang bagus, memiliki pemain yang berkualiti dan sangat berdisiplin.

Tetapi ini adalah rezeki untuk kita atas usaha keras pemain yang sentiasa berjuang pada setiap minit untuk mendapatkan bola. Kita pun berada dalam banyak situasi berbahaya seperti sepakan percuma dan PDRM FC dihadiahkan sepakan penalti.

“Namun penjaga gol kita banyak menyelamatkan keadaan dan berkat usaha pemain, kita dapat meraih kemenangan pada malam ini (kelmarin),” kata Azizul.

Pada aksi terbabit, Perlis United mendahului menerusi sepakan percuma Azrizan Ahmad pada minit ke-26 sebelum Mirbek Akhmataliev mensia-siakan peluang untuk mengikat kedudukan apabila sepakan penaltinya diselamatkan Hairol Fazreen.

Faizal Kadir memastikan Perlis United melangkah ke pusingan kedua Piala FA dengan selesa apabila melebarkan jurang buat pasukannya pada penghujung permainan.

Dalam masa sama, Azizul turut menjelaskan perancangan yang diatur untuk menyekat PDRM FC daripada bermaharajalela membuahkan hasil sehingga membantu mereka memenangi perlawanan terbabit.

Kita mahu bertahan dan padatkan kawasan tengah supaya pemain PDRM FC tidak dapat bergerak dalam kawasan meny3rang.

sumber:- BH

“Jadi, ini memaksa PDRM FC untuk melakukan hantaran ke belakang dan s3rangan mereka bermula daripada pertahanan tengah. Jadi ia menyukarkan sedikit untuk mereka mencipta gerakan,” katanya.