Sukan

Aaron Chia dan Wooi Yik menang bergaya

PASANGAN beregu nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik memulakan aksi pusingan pertama Terbuka Switzerland dengan angkah kanan apabila mudah mengatasi gandingan dari Algeria, Mohamed Belarbi-Adel Hamek untuk menempah slot pusingan kedua.

Perlawanan di St Jakobshalle Basel, menyaksikan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 hanya memerlukan 21 minit untuk mengatasi pasangan ke-107 dunia tersebut 21-11, 21-13. Kemenangan straight set tersebut menyaksikan kedua pemain negara tersebut menempah slot berdepan s3nsasi India, Bokka Navaneeth, Reddy B Sumeeth di pusingan kedua.

Dalam kejuaraan Seluruh England sebelum ini, kedua-dua pasangan tersebut terkandas pada pusingan kedua apabila tewas kepada pemain pilihan keempat dari China, He Ji Ting-Tan Qiang, 21-15, 21-19 dalam masa 35 minit.

Sementara itu, satu lagi beregu lelaki negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi turut mara selepas menewaskan pasangan dari Perancis, Christo Popov-Toma Junior Popov.

Yew Sin-Ee Yi yang juga pilihan keenam kejuaraan bermula baik set pertama untuk menang 21-19 sebelum lawan bangkit mengikat kedudukan 21-17.

Pada set penentuan, Yew Sin-Ee Yi memperkemaskan permainan kembali menyaingi lawan untuk kemenangan 21-17 dalam masa 64 minit.

sumber:- SH

Turut mara beregu campuran, Vivian Hoo-Lim Chiew Sien yang menyingkirkan cabaran satu lagi pasangan negara Go Pei Kee-Yap Ling 21-17, 21-9.