Sri Pahang menewaskan Manjung City FC menerusi agregat 5-4 pada penentuan sepakan penalti selepas terikat 0-0 pada pusingan pertama Piala FA di Stadium Darul Makmur, malam tadi.
Jaringan kelima pemain pertahanan, Mohd Azwan Mohd Aripin memastikan tuan rumah layak ke pusingan kedua piala berprestij itu.
Pada perlawanan itu, prestasi hambar dipersembahkan Sri Pahang sepanjang tempoh 45 minit separuh masa pertama.
Sebaliknya, Manjung City yang beraksi dalam saingan Liga M3 itu lebih banyak memberi tekanan kepada tuan rumah.
Ini kerana segala gerakan dan percubaan yang dilakukan skuad kendalian Christophe Gamel berjaya disekat Manjung City.
Sepanjang separuh masa pertama, hanya dua peluang dimiliki tuan rumah menerusi percubaan pemain import, Mahmoud Za’tara dan Sean Gan Giannelli pada minit ke-19 dan 38 yang dinafikan ketangkasan penjaga gol lawan, Mohammad Firdaus Suhaimi.
Peluang terbaik Manjung City pula hasil percubaan kapten pasukan, Muhammad Faizzzwan Dorahim yang melepasi palang gol dua minit sebelum tamat separuh masa pertama. Bersambung babak kedua, tuan rumah masih gagal untuk melancarkan gerakan berb@haya ke kubu lawan ketika Manjung City kekal bertahan.
sumber:- BH
Perlawanan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti selepas kedudukan kekal 0-0 hingga tamat masa tambahan.