Sukan

Apa Yang dikatakan TMJ itu betul

Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Seri Subahan Kamal menzahirkan ucapan terima kasih kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim atas bantuan yang diberikan kepada Selangor ketika dia menerajui FAS.

Subahan yang juga Presiden PJ City FC mengakui pihaknya dan juga pemain amat menghargai keprihatinan pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang sentiasa mengambil berat mengenai hal ehwal kebajikan pemain dan pasukan bola sepak tempatan.

Sebagai seorang yang mempunyai semangat yang amat tinggi terhadap bola sepak Malaysia, Tunku Ismail sentiasa menunjukkan daya kepimpinan yang tinggi dan proaktif dan sentiasa mahu melihat kemajuan pasukan bola sepak di negara ini.

Selangor tidak terkecuali mendapat perhatian Tunku yang sudi memberikan bantuan kepada FAS ketika saya menjadi presiden.

“Sekali lagi, di atas budi Tunku Ismail kepada FAS, saya secara peribadi mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan bantuan yang diberikan,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Tunku Ismail mengesahkan bantuan yang diberikan kepada Selangor adalah pada zaman pengurusan yang diterajui Subahan.

Tunku Ismail mengakui pasukan The Red Giants ketika ini sudah mampu berdiri dengan sendiri sekali gus tidak perlu mengharapkan bantuan daripada mana mana pihak.

Saya memberi bantuan pada masa Dato Subahan dulu. Zaman Selangor masih hebat dan champion.

Sekarang ni semenjak Raja Muda Selangor ambil alih dengan expert (pakar) bola sepak tanah air dan terima banyak bantuan duit daripada kerajaan maka mereka tak perlu bantuan.

sumber:- BH

“Syabas saya ucapkan,” kata Tunku Ismail menerusi akaun Twitternya, semalam.