Sukan

Selangor tampil menafikan

Kelab bola sepak Selangor mahupun Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) di bawah kepimpinan Raja Muda Selangor (RMS), Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah sejak 2018 tidak pernah menerima bantuan kewangan daripada kelab lain untuk menguruskan pasukan itu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon, pihaknya tidak pernah menerima apa-apa bantuan daripada pesaing dalam saingan Liga Malaysia sejak empat tahun lalu.

Sebaliknya, kantung kelab dijaga dengan berhemah dan pasukan menerusi tajaan dan meraih keuntungan hasil aktiviti pengkomersialan.

Katanya, beliau mendedahkan perkara itu kerana terlalu ramai pihak khususnya dari kalangan penyokong skuad Red Giants bertanyakan tentang isu itu selepas pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengakui pernah membantu Selangor sebanyak dua kali.

Memandangkan ramai yang bertanya, saya ingin jelaskan bahawa di bawah kepimpinan Tunku RMS sejak Julai 2018, Selangor tidak pernah menerima sebarang bantuan kewangan dari pasukan lain.

“Dana kelab hanyalah daripada penaja rasmi dan aktiviti pengkomersialan sahaja,” katanya di laman sosial miliknya.

Untuk rekod, sebelum pasukan Selangor diambil alih RMS pada 2018 lalu, bekas juara 33 Piala Malaysia itu pernah mengalami isu tunggakan gaji pemain.

sumber:- HM

Mungkin apa yang didedahkan Tunku Ismail adalah ketika pasukan itu di bawah era kepimpinan terdahulu yang kemudiannya melepaskan jawatan untuk memberi laluan kepada RMS menguruskan pasukan itu.