Sukan

Pemain dedah peraturan baharu ditetapkan Pan Gon

Beberapa larangan disenaraikan oleh pengendali skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon bagi mendisiplin pemain-pemain negara selain mahu mengekalkan fokus pasukan sepanjang tempoh kem latihan ketika ini.

Kaedah sebegitu mungkin dilihat sedikit asing buat pemain negara namun ia tidak menghalang untuk semua pemain mengikut cara yang dipraktikkan oleh jurulatih dari Korea Selatan itu.

Ia diakui tonggak sayap negara, Faisal Halim yang mengakui Pan-gon menyenaraikan beberapa perkara dalam senarai larangan buat semua pemain.

Katanya jika terdapat pelanggaran peraturan, setiap pemain akan didenda dari RM50 hingga RM150 setiap kesalahan dan semua pemain mematuhinya dengan baik.

Sebenarnya dalam senarai itu banyaklah, contoh kalau kita salah pakai kasut waktu pergi latihan…dia punya denda dalam RM150.

Kalau hari perlawanan pula kita tak boleh main telifon…itulah yang saya boleh bagi, tapi tak boleh kongsi banyak.

Mungkin ada yang pertama kali, pada saya sebenarnya di Malaysia (pasukan dalam liga tempatan) pun sebelum ini pernah ada. Contoh, salah pakai kasut, (belanja makan) Starbucks dan lambat ke denda.

Cuma sekarang lebih terperinci, macam dalam kem latihan ini masih normal lagi kita boleh main telefon, tapi di Singapura nanti akan berjalan peraturan (tak dibenarkan main telefon) itu.

“Memang ketat, tapi sebagai pemain kena terima. Kita berada dalam kem kebangsaan bukan peringkat sekolah ke, MSSM (Majlis Sukan Sekolah Malaysia) ke…sekarang tugasan bersama negara,” katanya ketika ditemui ketika ditemui pada sesi latiha sebelah pagi di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, hari ini.

Skuad negara bakal terbang ke Singapura pagi esok bagi untuk menentang Filipina dan Singapura dalam aksi persahabatan Tier 1 pada Rabu dan Sabtu ini sebelum turun sekali lagi bertemu kelab negara itu, Albirex Niigata.

sumber:- HM

Tiga aksi persahabatan itu adalah sebagai persediaan buat Pan-gon dan anak buahnya menghadapi pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2023 di halaman sendiri Jun ini, di mana Malaysia yang diletakkan dalam Kumpulan E bersama Bahrain, Turkmenistan dan Bangladesh menyasarkan untuk layak ke peringkat seterusnya.