Sukan

FAM telah sahkan

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan sudah menerima surat penjelasan daripada pemain pertahanan Sabah, Rizal Ghazali berhubung keputusannya menolak pelawaan menyertai latihan pusat skuad Harimau Malaya sebelum ini.

Mengesahkan perkembangan itu, Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar berkata surat berkenaan diterima pada Jumaat lalu.

Katanya, pihaknya akan berbincang dengan pengurusan pasukan kebangsaan sebelum membuat keputusan mengenai kes bekas pemain Kedah itu.

Saya dapat surat itu pada Jumaat, alasan yang dia bagi kerana dia menghadapi masalah keluarga. Rasanya dia tak dapat datang (sertai kem latihan skuad kebangsaan kali ini).

“Penilaian berkaitan alasan itu akan dibuat oleh pengurusan pasukan kebangsaan dan terpulang kepada pengurusan pasukan untuk buat keputusan,” katanya.

Rizal sebelum ini dilaporkan menolak pelawaan jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan Gon untuk menggantikan Syahmi Safari yang meminta pengecualian daripada menyertai kem latihan pusat susulan kelahiran bayi kembar tiganya.

Rizal berdepan hukuman berat termasuk penggantvngan dan denda sekiranya menolak panggilan skuad kebangsaan tanpa alasan yang kukuh.

Namun, Rizal menerusi satu hantaran pada akaun media sosialnya, semalam berkongsi gambar seorang lelaki yang dipercayai bapanya sedang terl@ntar sak!t di sebuah hospital.

Dalam hantaran yang disertai #ayah itu, Rizal menulis: “Semoga sihat seperti biasa, jauh mana pun tetap anakmu berdoa”.

sumber:- BH

Tidak dapat dipastikan tahap k3sihatan bapanya pada masa ini, namun perkongsian yang dibuat Rizal memberi bayangan bahawa mungkin perkara itu menjadi faktor dia terpaksa menolak pelawaan Pan Gon.