Sukan

Sah TFC tidak dapat gunakan dua Import

Terengganu FC (TFC) terpaksa melupakan khidmat ayam tambatannya kelahiran Liberia, Kpah Sherman pada aksi pertama Liga Super men3ntang Petaling Jaya City FC (PJ City FC) 6 April depan selepas pemain itu dipanggil skuad kebangsaan negaranya.

Turut terlepas peluang beraksi bersama skuad Penyu itu pemain tengah kebangsaan Filipina, Manuel Ott yang turut dipanggil menyarung jersi skuad negaranya.

Ketua Pegawai Eksekutif TFC Sdn Bhd, Ab Rasid Jusoh berkata, ketiadaan bekas striker Kedah Darul Aman FC (KDA FC) musim lalu itu sedikit sebanyak bakal menjejaskan perancangan latihan ketua jurulatih, Nafuzi Zain.

Katanya, situasi ini ditambah dengan ketiadaan Ott serta tiga lagi pemain tempatan iaitu Rahadiazli Rahalim, Faisal Halim dan Hakimi Abdullah yang dipanggil menyertai kem skuad kebangsaan.

Ketiadaan lima pemain itu sudah pasti sedikit sebanyak menjejaskan perancangan latihan barisan jurulatih menjelang aksi pertama Liga Super menentang PJ City FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Bagaimanapun kami akur dengan situasi itu dan percaya barisan kejurulatihan diketuai Nafuzi sudah pun bersiap sedia selain membuat perancangan awal menghadapi perkara ini kerana ianya terkandung dalam kalendar FIFA.

“Malah kami percaya barisan kejurulatihan sudah pasti akan menggunakan khidmat pemain import daripada pasukan Terengganu FC II (TFC) seperti Jordan Mintah, Luke Woodland, Argzim Redzovic ataupun Petrus Shetembi,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau mengucapkan tahniah kepada Sherman dan Ott kerana terpilih menyarung jersi skuad negaranya kerana bukan mudah untuk merebut tempat dalam pasukan kebangsaan.

“Begitu juga dengan dengan tiga pemain tempatan, apa yang kami harapkan mereka mampu memberikan impak lebih baik apabila kembali bersama skuad TFC nanti lagipun misi kita adalah untuk memperbaiki rekod lebih baik berbanding musim lalu,” katanya.

Terdahulu skuad Penyu itu terpaksa menunggu lebih lama apabila aksi pertama yang dijadualkan bertemu Sri Pahang FC pada 5 Mac lalu tidak dapat dilangsungkan kerana pemain skuad Tok Gajah serta pegawai mereka dijangk!ti C0vid-19.

sumber:- HM

Malang berganda buat skuad TFC itu apabila aksi kedua Liga Super bertemu Negeri Sembilan FC (NSFC) pada 9 Mac dan aksi pusingan pertama Piala FA juga bertemu skuad NSFC pada 13 Mac juga terpaksa dibatalkan dan ditunda ke tarikh lain apabila pemain pasukan lawan juga turut dijangk!ti pand3mik itu.