Sukan

Pengguguran seorang lagi buka peluang jadi pilihan

Hanya tinggal tiga sahaja persaingan merebut posisi penjaga gol utama bukanlah tiket untuk penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Farizal Marlias ‘bersenang lenang’ untuk pastikan posisi berkenaan menjadi miliknya.

Bagaimanapun, dia turut berdepan saingan pemain seperti Khairulazhan Khalid dan Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi yang turut mengimpikan diturunkan pada tiga aksi persahabatan di Singapura bermula Rabu ini.

Berdasarkan pengalaman dan prestasi semasa, Farizal mungkin memiliki kelebihan untuk diletakkan sebagai penjaga gol nombor satu Harimau Malaya oleh ketua jurulatih, Kim Pan Gon berbanding Khairulazhan dan Kalamullah.

Namun tidak mustahil juga pengendali dari Korea Selatan itu akan memberikan peluang kepada ketiga-tiganya untuk membuktikan kemampuan di benteng terakhir Harimau Malaya yang akan berdepan Filipina (Rabu ini), Singapura (26 Mac) dan Albirex Niigata Singapura (28 Mac).

Bagi Farizal, dia tidak menganggap pengalaman atau apa sahaja kelebihan yang dimilikinya ketika ini sebagai jaminan untuk mendapat tempat atau status penjaga gawang utama.

Saya tidak pernah berasa selesa dari segi posisi saya atau pun apa sahaja. Jika diberi peluang, saya sudah pasti akan memberikan yang terbaik.

Apa yang saya lihat, Khairulazhan dan Kalamullah memberikan komitmen yang sangat baik. Jadi sesiapa yang diturunkan pun harus memberikan komitmen dan aksi terbaik.

“Sudah pasti peluang ini saya tak nak lepaskan. Apa yang saya impikan dari kecil adalah bermain untuk negara. Jadi saya harus gunakan sepenuhnya dan berharap boleh berikan sesuatu kepada negara,” katanya.

Terdahulu, penjaga gol Terengganu, Rahadiazli Rahalim menjadi pemain kedua Harimau Malaya yang digugurkan dari kem latihan kerana C0vid-19 selepas nasib sama turut menimpa striker PJ City, Darren Lok.

Selain itu, Farizal menjelaskan Pan Gon memiliki sikap tegas dan mementingkan disiplin tinggi dalam kem latihan selain cuba menerapkan permainan yang berintensiti tinggi.

Bagaimanapun pemain berusia 36 tahun itu menganggap sikap tegas Pan Gon itu berasas kerana skuad negara juga perlu lebih berhati-hati terutama dalam mengelak dijangk!ti C0vid-19.

Perbezaannya Pan Gon ini lebih tegas, berdisiplin dan kita tahu budaya Korea Selatan bagaimana. Sebagai pemain, kita harus ikut apa yang diterapkan dan itu satu perkara positif bagi kami.

sumber:- BH

“Situasi sekarang ini adalah masalah C0vid-19, jadi dia agak tegas dengan perkara itu dan saya rasa munasabah juga kerana apabila seorang kena, akan jadi masalah kepada yang lain. Dalam padang memang dia tegas, tapi luar padang dia OK,” katanya.