Sukan

Jangan kacau saya — Norizam

“Kalau saya bayar ni, nanti entah siapa-siapa lagi akan minta bayaran. Ini kerja giler!”

Demikian luahan pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman berikutan masih terdapat bekas pemain The Red Warriors (TRW) mahu kelab itu melunaskan tunggakan gaji mereka.

Tegas Norizam, segala hutang berkenaan adalah hutang warisan Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) dan ia bukan dalam kontrak pengambil alihan pasukan.

Beliau berkata, semua hutang dalam perjanjian pengambil alihan pasukan itu yang berjumlah RM6.8 juta sudah diselesaikan oleh pihaknya.

Maka semuanya sudah diselesaikan ketika mesyuarat November 2021 bersama FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) dan Kafa juga sedia maklum akan hal tunggakan adalah kewajipan Kafa.

Nama bekas pemain yang tiada dalam senarai RM6.8 juta sila rujuk Kafa. Dah bayar semua ke? Alhamdulillah, semua hutang dalam perjanjian take over (pengambil alihan) RM6.8 juta saya dah selesai.

Saya dah cakap berkali-kali dengan bukti, kita dah selesai bayar. Selepas selesai barulah muncul macam-macam orang yang aku tak tahu, tak pernah jumpa nak claim (tuntut) bayaran tunggakkan.

Kalau saya bayar ni, nanti entah siapa-siapa lagi akan minta bayaran. Ini kerja giler! Untuk sekarang, saya berada pada fasa kedua, bina pasukan.

“Fasa pertama bayar hutang piutang warisan Kafa, saya dah selesai. Jadi, jangan kacau saya!,” tulis Norizam di Facebook miliknya.

Sementara itu, Kelantan FC menerusi satu kenyataan berkata kelab itu hanya bertanggungjawab ke atas pemain yang sudah menandatangani kontrak dengan pihak TRW.

sumber:- HM

“Pihak FAM juga bersependapat bahawa pemain yang berada di dalam kontrak dengan pengurusan lama haruslah berurusan dan berhubung dengan pihak Kafa,” kata kenyataan itu.