Sukan

Sah hilang khidmat Syahmi

Skuad kebangsaan kehilangan khidmat Syahmi Safari untuk aksi persahabatan di Singapura selepas pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT) itu memohon pengecualian susulan kelahiran bayi kembar tiganya.

Susulan itu, pengendali skuad Harimau Malaya, Kim Pan Gon mahu mendapatkan khidmat seorang lagi bek kanan, Rizal Ghazali namun pertahanan Sabah FC itu menolak daripada mewakili skuad kebangsaan.

Ini menyaksikan pertahanan Negeri Sembilan FC (NSFC), Ahmad Khuzaimi Piee yang sebelum ini berada dalam senarai bersedia ‘dikerah’ untuk melapor diri ke kem latihan skuad kebangsaan yang bermula hari ini.

“Perancangan asal kami ialah menggantikan Syahmi dengan seorang pemain pada posisi yang sama, iaitu bek kanan tetapi pemain Sabah FC, Rizal Ghazali, menolak pelawaan.

Atas sebab taktikal, pengurusan pasukan kebangsaan memberi peluang kepada Ahmad Khuzaimi membuktikan kemampuan sebagai pemain bek tengah berkaki kiri.

“Bagi pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), pengurusan pasukan kebangsaan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Syahmi seisi keluarga atas kelahiran ini,” kata Pan Gon dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebagai rekod, skuad kebangsaan sedang dalam rangka persiapan selama lapan hari bagi mengharungi tiga aksi persahabatan di Singapura.

sumber:- BH

Filipina akan menjadi ujian sulung buat Pan Gon pada 23 Mac, disusuli aksi bertemu tuan rumah pada 26 Mac dan perlawanan men3ntang Albirex Niigata FC Singapura pada 28 Mac.