Sukan

Pasukan Liga perdana nyaris lakar kejutan

Petaling Jaya City FC (PJ City) menepati ramalan apabila berjaya melepasi pusingan pertama Piala FA selepas menewaskan pasukan dari Liga Perdana, Kelantan FC dengan 2-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam ini.

Kemenangan itu sudah dijangka memandangkan PJ City antara pasukan terkuat di Liga Super musim ini.

Begitupun hajat Kelantan yang juga bekas juara Piala FA dua kali iaitu pada 2012 dan 2013 untuk mencipta kejutan di gelanggang lawan tidak kesampaian.

Bagaimanapun, The Red Warriors yang dibimbing Rezal Zambery Yahya terlebih dulu mengejutkan kem tuan rumah apabila pemain import dari Lubnan, Fadel Antar meletakkan pelawat di depan seawal minit ke-18.

Anak buat P Maniam tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan apabila lima minit kemudian berjaya mengikat 1-1 hasil jaringan Darren Lok di minit ke-23 sekali gus, melonjakkan semangat pemain tuan rumah untuk membvru gol kedua.

sumber:- HM

Bersambung selepas rehat, saingan sengit diperagakan kedua-dua pasukan namun pengalaman lebih memihak PJ City apabila P Rajesh mel3dak gol kemenangan di minit ke-72 sekali gus menoktahkan kemenangan berpihak tuan rumah.