Sukan

Khalid Ali gelar pasukan kitar semla

Bekas pemain kebangsaan, Khalid Ali menyifatkan 30 pelatih Harimau Malaya yang diumumkan bagi menyertai latihan pusat bermula Isnin ini adalah skuad kitar semula.

Jelas Khalid, pemilihan yang dibuat pengendali negara, Kim Pan-gon dilihat tiada elemen kejutan atau istimewa termasuk kehadiran semula Safiq Rahim dalam skuad Harimau Malaya.

Ini pasukan sama cuma ditambah dua hingga tiga pemain saja, dan kita boleh agak apa hasilnya nanti.

“Mungkin Pan-gon tak ada pilihan. Beliau mungkin lihat ini saja kelompok pemain berkualiti yang kita ada setakat sekarang. Ini menunjukan pemain lain masih jauh lagi untuk bersaing atau mengetuk pintu skuad negara,” katanya.

Khamis lalu, Pan-gon yang berasal dari Korea Selatan mengumumkan senarai 30 pemain bagi mengadapi dua aksi persahabatan Tier 1 men3ntang Filipina dan Singapura hujung bulan ini yang dijadual berlangsung di Stadium Nasional Singapura.

Ini tugasan pertama buat bekas jurulatih kebangsaan Hong Kong itu selepas dilantik menggantikan Tan Cheng Hoe yang meletakkan jawatan Januari lalu susulan kegagalan skuad negara di Piala AFF di Singapura, Disember lalu.

Macam saya kata tadi, pasukan ini tak ada beza sangat dengan pasukan di Piala AFF bulan 12 lalu dan juga masa Kelayakan Piala Dunia di UAE (Emiriah Arab Bersatu) tahun lepas.

“Cuma di sinilah peranan jurulatih baharu nak corakkan dan ubah cara permainan pemain. Saya jangka Pan-gon amalkan corak latihan keras ke atas pemain.

“Kita tahu jurulatih dari Korea selalu tegas dan saya nak lihat pemain kita yang manja ini boleh ikut cara beliau atau tidak.

sumber:- HM

“Pemain kena ubah sikap. Mereka kena letak jiwa bermain untuk negara, dan paling penting negara adalah segala-galanya dan bukan kelab,” katanya.