Sukan

Jadual berat sebelah, TFC belum terima

Kuala Terengganu: Terengganu FC (TFC) belum lagi menerima sebarang keputusan daripada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) berhubung bantahan skuad itu mengenai jadual Liga Super musim ini yang dilihat tidak masuk akal.

Pengurus TFC, Mohd Fadhil Wahab berkata, perbincangan sudah dilakukan bersama badan pengelola bola sepak itu dan beliau percaya keputusan terbaik bakal diperoleh pihaknya demi keadilan dan merancakkan lagi sukan nombor satu negara itu.

“Setakat ini kita belum menerima apa-apa keputusan daripada pihak MFL berhubung bantahan mengenai jadual perlawanan Liga Super itu walaupun perbincangan telah dilakukan dan pada masa sama kita masih menunggu jawapan daripada MFL dalam tempoh dua tiga hari lagi.

“Apa yang kita harapkan keputusan terbaik dan adil demi kebaikan pasukan TFC selain kelancaran dalam saingan liga bagi kedua-dua pihak sebab keputusan segera diperlukan sebagai persiapan pihak pengurusan dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu pihak pengurusan Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd bengang dengan menyifatkan jadual perlawanan Liga Super membabitkan skuad Penyu musim ini dilihat berat sebelah dan tidak adil.

Berdasarkan jadual liga berkenaan, skuad kendalian Nafuzi Zain terpaksa beraksi dalam tiga perlawanan liga secara berturut-turut di tempat lawan pada bulan Ramadan sebelum kembali beraksi di laman sendiri pada 22 April.

Tambah memeritkan, skuad Penyu itu terpaksa bermain di gelanggang lawan dalam tiga pertemuan terakhir liga juga di tempat lawan yang sudah tentu boleh mempengaruhi prestasi dan keputusan perlawanan.

Berikutan itu, pada 8 Februari lalu, TFC Sdn Bhd sudah menghantar surat bantahan kepada MFL memohon jadual perlawanan itu dipinda supaya adil kepada TFC.

Dalam pada itu Mohd Fadhil menjelaskan semua pemainnya yang sebelum ini p0sitif C0vid-19 kecuali seorang pemain tempatan sudah kembali menjalani latihan.

sumber:- HM

“Pemain pertahanan itu baharu positif Covid-19, jadi dia kini menjalani tempoh kuarantin, sebaik tamat semua pemain TFC bebas daripada wabak pandemik itu,” katanya yang mengingatkan semua pemain sentiasa menitikberatkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengelak daripada terkena jangk!tan w@bak itu.