Sukan

Saya Faham tapi saya tak boleh pilih semua

Ketiadaan nama beberapa pemain yang menyerlah dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) seperti tonggak tengah Kuala Lumpur City FC, Ryan Lambert, striker Petaling Jaya City, S Kumaahran dan tonggak pertahanan Kedah Darul Aman FC, Rodney Celvin dalam senarai pelatih skuad kebangsaan menjadi tanda tanya peminat dan pengamal media.

Sebaliknya pemain yang kurang mendapat minit permainan terutama dari Johor Darul Ta’zim (JDT) seperti Akhyar Rashid, Safiq Rahim, Aidil Zafuan Abd Radzak, Syamer Kutty Abba dan pemain tengah Sri Pahang, Nor Azam Azih pula mendapat perhatian jurulatih negara, Kim Pan-gon.

Begitupun, pengendali berpengalaman dari Korea Selatan itu tetap tenang dan meminta peminat meletakkan kepercayaan di bahunya, sambil memberi masa buat barisan kejurulatihannya membentuk pasukan itu.

Katanya, 30 pemain yang dipanggil itu tidak semestinya kekal, di mana beliau akan menilai kebolehan setiap pemain dalam kem latihan pusat bermula Isnin ini serta pada dua aksi persahabatan antarabangsa di Singapura sebagai platform eksperimen.

Menurutnya, beliau sentiasa terbuka untuk memanggil pemain lain bagi menambah baik pasukan menjelang Kelayakan Piala Asia 2023 yang dijadual berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jun ini.

Saya faham mengenai sentimen yang ada namun saya meminta agar semua pihak bersabar. Saya tak boleh pilih 50 hingga 60 pemain dalam satu-satu masa.

“Saya pilih pemain berdasarkan teknikal, taktikal dan tahap profesionalisme mereka. Ini bukan pemilihan untuk pasukan ‘All Stars’, tetapi ini adalah pemilihan untuk beraksi bersama pasukan kebangsaan.

Keputusan saya juga berdasarkan falsafah permainan saya. Saya tak boleh cakap saya 100 peratus betul, tetapi saya mahu memaksimumkan potensi pemain yang sudah beraksi bersama pasukan negara sejak 2019 hingga 2021.

“Selepas perlawanan persahabatan, saya akan cuba yang terbaik dalam memantau pemain dan berhubung langsung dengan jurulatih dalam saingan Liga Malaysia,” katanya.

Di Singapura nanti, skuad Harimau Malaya akan men3ntang Filipina pada 23 Mac sebelum turun sekali lagi berdepan tuan rumah pula tiga hari kemudian.

sumber:- HM

Bagi menguji kemampuan pasukan dengan sebaiknya, Pan-gon turut menambah satu lagi perlawanan persahabatan menentang kelab Liga Singapura iaitu Albirex Niigata pada 28 Mac, sekali gus skuad negara akan mengharungi tiga perlawanan di Kota Singa itu kelak.