Sukan

Pan-gon tegas dan tiada campuran tangan ghaib

Kejutan berlaku dalam senarai awal pemain negara yang akan melaporkan diri bagi kem latihan pusat apabila kembalinya perancang tengah prolifik Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim, selepas tersisih selama empat tahun selain ketiadaan nama striker naturalisasi kontrov3rsi, Guilherme De Paula, untuk tugasan kali ini juga turut mencuri tumpuan.

Pan-gon mengakui waktu yang suntuk membataskannya dan kakitangan kejurulatihannya yang lain untuk menilai keseluruhan pemain menerusi kempen liga yang sedang berlangsung.

Jurulatih dari Korea Selatan itu turut mendedahkan sebenarnya 70 pemain di bawah radarnya, tetapi terpaksa dikecilkan menjadi 30 pemain selain tambahan 10 pemain dalam senarai menunggu.

Seramai 15 pemain daripada skuad terdahulu kekal tersenarai untuk aksi persahabatan kali ini dengan nama yang mencuri tumpuan merupakan kembalinya bekas kapten, Safiq, yang kali terakhir menyarung jersi skuad kebangsaan pada 2018 iaitu ketika aksi menentang Mongolia di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

“Kami cuba sehabis baik dalam pemilihan pemain ini, ini bukan cara lapuk.”Kami cuba menepati sasaran berdasarkan perancangan permainan. Mungkin pemilihan ini akan timbulkan keraguan, saya tidak boleh katakan bahawa saya 100 peratus tepat memandangkan saya masih baru.

“Saya juga mengkaji perlawanan pasukan kebangsaan sejak tiga tahun lalu selain menilai pemain secara individu,” katanya dalam sidang media pengumumannya hari ini.

Pan-gon turut menegaskan pemilihan kali ini tidak dipengaruhi mana-mana pihak. Biarpun akan melakukan beberapa eksperimen men3ntang tuan rumah, Filipina dan kelab tempatan, Albirex Niigata, di Singapura untuk mendapatkan garapan terbaik buat skuad kebangsaan, kemenangan tetap menjadi keutamaan buat pengendali itu.

Kesemua 30 pemain ini akan mula melaporkan diri pada Isnin ini sejurus masing-masing mengharungi perlawanan pusingan pertama Piala FA dan skuad negara akan terbang ke Singapura pada 22 Mac.
Sudah tentu kami mahu bermain dan menang, cuba mencipta tabiat kemenangan untuk kembalikan keyakinan tapi banyak usaha yang perlu dilakukan.

“Tapi apa yang penting ialah usaha jangka panjang.”Kami ingin mewujudkan suasana profesional kepada pemain kebangsaan agar mereka berasa lebih bangga,” katanya.

Sementara itu, pemilik kelab JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, bermurah hati untuk menaja kos penanaman rumput baharu sebagai hadiah kepada Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

sumber:- SA

Tunku Mahkota Johor itu bertitah stadium tersebut akan menggunakan rumput jenis Zeon Zoysia yang sama digunakan di Stadium Sultan Ibrahim milik kelab selatan berkenaan.