Sukan

Tanpa taktik licik, JDT berpesta Gol

Johor Darul Ta’zim (JDT) kembali menunjukkan taring sebenar selepas memb3lasah pendatang baharu, Sarawak United FC 6-0 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini.

Selepas aksi kurang konsisten ketika menentang Penang FC tatkala hanya menang tipis 1-0, Jumaat lalu, JDT tampil dengan lebih mantap apabila menguasai keseluruhan permainan.

Dua jaringan Fernando Forestieri dan Bergson Da Silva selain jaringan Carli De Murga dan Safawi Rasid memastikan skuad Harimau Selatan melakar kemenangan kedua berturut-turut.

Pada pertembungan itu, perubahan taktikal dilakukan pengendali JDT, Benjamin apabila menyenaraikan semula Leandro Velazquez dan Nazmi Faiz Mansor bagi menguatkan jentera tengah selain kelibat Natxo Insa dalam usaha memburu kemenangan kedua.

Dengan membentuk formasi 4-3-3, anak didik Mora mengatur serangan seawal minit kedua berpunca daripada bola umpanan Ariff Aiman Hanapi menyaksikan Bergson mer3mbat bola leret tapi terbias pertahanan lawan dan Corbin Ong yang berada di posisi terbaik gagal menyudahkan bola yang singgah ke kakinya.

Gol yang dicari tuan rumah hampir menjelma pada minit ke-12 selepas bola umpanan Forestieri membuka ruang buat Bergson mer3mbat kencang di luar kotak penalti namun sekadar terkena palang gol tatkala penjaga gol, Mohd Sharbinee Allawee Ramli sudah tertewas.

Serang balas skuad Harimau Selatan pada minit ke-15 membuahkan hasil selepas Nazmi Faiz bertindak pantas melorongkan bola kepada Forestieri yang menyusup masuk ke dalam kotak penalti lawan sebelum merembat bola leret tepat ke penjuru kiri gol menewaskan Mohd Sharbinee.

Gerakan yang dimulakan Shane Lowry pada minit ke-29 hampir memberi peluang Bergson mencetak gol namun bola rembatan deras pemain import dari Brazil itu berjaya dihalang Mohd Sharbinee bagi mengelak gawangnya dibolosi buat kali kedua.

Sentuhan berbisa Bergson menjadi igauan ngeri buat skuad Kenyalang Emas pada minit ke-39 selepas bermula daripada bola sepakan lintang Ariff Aiman menyaksikan penjaring terbanyak Liga Malaysia (Liga M) musim lalu itu melakukan sepakan kencang menewaskan Mohd Sharbinee untuk meletak tuan rumah selesa mendahului 2-0 pada babak pertama.

Bersambung babak kedua, Sarawak United FC cuba bangkit merapatkan jurang gol tapi penguasaan tengah tuan rumah tampak menyukarkan pasukan pelawat itu menjanakan gerakan berb@haya malah sukar melepas kawalan De Murga dan Lowry.

Malang buat Sarawak United FC apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada minit ke-61 selepas pemain gantian, Raja Imran Shah Raja Amin dilayangkan kad kuning kedua dan disusuli kad merah oleh pengadil, Zulkarnain Zakaria kerana mengasari Safawi.

Kesempatan itu diguna sepenuhnya tuan rumah untuk mencipta gol ketiga perlawanan pada minit ke-63 selepas bola sepakan percuma Forestieri yang sekadar melorongkan bola di posisi sayap kanan memerangkap benteng pasukan pelawat menyaksikan Bergson yang tidak dikawal mudah merembat bola untuk mencetak gol kedua peribadi bagi mengukuhkan kedudukan 3-0.

Ketika aksi berbaki 17 minit untuk ditamatkan skuad Harimau Selatan menambah derita pasukan pelawat selepas bola sepakan sudut Ariff Aiman membolehkan De Murga yang tidak dikawal menanduk bola rendah tepat ke penjuru kanan gol menewaskan Mohd Sharbinee.

sumber:- HM

Safawi tidak terkecuali mencetak nama selaku penjaring pada minit ke-81 selepas menyudahkan umpanan Bergson dan selang empat minit, Forestieri kembali mengganas apabila mencetak gol kedua peribadi untuk memastikan JDT `makan besar’ menewaskan skuad Kenyalang Emas 6-0 pada perlawanan itu.