Hasrat Kedah Darul Aman FC (KDA FC) untuk memburu kemenangan kedua musim ini menjadi kenyataan apabila mencatat kemenangan bergaya menewaskan Kuala Lumpur (KL) City FC 3-2 pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, malam ini.
Dalam keadaan cuaca yang lembab, skuad Sang Kenari yang lebih mendominasi perlawanan seawal minit permainan cuba membvru gol awal pada minit ke-6 melalui Al-Hafiz Harun yang merembat dari luar kotak penalti namun berjaya ditepis keluar penjaga gawang KL City, Kevin Mendoza.
Kubu KL City terus diujii selepas dua percubaan bahaya oleh striker Ronald Ngah dan Syafiq Ahmad pada minit ke-19 dan 21 hampir membuahkan hasil, namun ketangkasan penjaga gol KL City Kevin Mendoza berjaya menyelamatkan keadaan.
KL City yang bangkit mencipta serangan mengejutkan skuad Sang Kenari dengan gol pembukaan oleh Zhafri Yahya pada minit ke-29 ketika melakukan rembatan deras dalam kotak penalti sekali gus menewaskan penjaga gol Kedah Shahril Sa’ari.
Kedah yang tersentak dengan jaringan itu bangkit membuktikan kemampuan di depan 3,000 penyokong sendiri dengan gol penyamaan menerusi tandukan Syafiq Ahmad pada minit ke-32 selepas mendapat hantaran oleh Al-Hafiz Harun.
Disusuli beberapa percubaan bahaya oleh penyerang Ronald Ngah namun gagal dimanfaatkan di depan gawang KL City termasuk satu percubaan di hujung babak pertama yang mampu menghasilkan gol pendahuluan oleh Kedah.
Bersambung babak kedua Kedah yang melakukan pertukaran memasukkan pemain gantian Fayadh Zulkifli pada minit ke-66 membuahkan hasil apabila pemain kelahiran Baling itu mel3dak gol hantaran Al-Hafiz Harun dari garisan tengah padang selang seminit selepas dimasukkan.
Dalam usaha KL City bangkit semula skuad City Boys itu sekali lagi ‘dihukum’ Sang Kenari dua minit kemudian melalui r3mbatan pemain import Dennis Buschening selepas mendapat hantaran Syafiq Ahmad.
KL City yang tidak patah semangat meneruskan usaha mencari gol dan akhirnya tiga minit sebelum tamat perlawanan, pemain import City Boys Kevin Koubemba menambah gol kedua melalui tandukan yang gagal diselamatkan penjaga gol Kedah.
sumber:- HM
Kedudukan 3-2 itu kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.