Sukan

JDT bakal berdepan sekali lagi

Apakah Johor Darul Takzim (JDT) akan berdepan situasi sama ketika men3ntang Penang FC apabila melayani kunjungan Sarawak United FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, malam esok.

Mengimbas aksi Jumaat lalu, skuad kendalian Benjamin Mora mengalami kesukaran untuk mem3cah benteng skuad Tomas Trucha yang mempratiKkan corak permainan ‘berkampung’ di benteng pertahanan dan hanya mampu menang 1-0 hasil gol tandukan Bergson Da Silva.

Malah Mora sendiri menegaskan barisan pemainnya mungkin akan berdepan senario yang sama apabila pasukan lawan bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim untuk mencari keputusan seri dalam perlawanan itu nanti.

Walaupun Sarawak (United FC) tewas 0-1 kepada Kedah (Darul Aman FC namun kami perlu berhati-hati apabila berdepan dengan mereka yang pasti mahu bangkit untuk memburu kemenangan pertama dan kami juga harus berusaha mengutip mata maksimum.

Kami akan menganalisa corak permainan pasukan itu dalam usaha untuk beraksi dengan lebih ampuh bagi mengawal rentak permainan dan dari situ kami akan tampil strategi yang berkesan bagi memburu kemenangan nanti.

“Apa yang penting kami harus bermain dengan corak permainan tersusun terutama menyusun gerakan yang ampuh dan penguasaan di posisi tengah selain menyekat pergerakan pasukan lawan yang akan mengamal corak s3rang balas pantas,” katanya.

Mora juga menegaskan skuad Kenyalang Emas yang kembali beraksi di pentas liga elit domestik musim ini tidak boleh di pandang rendah dan mampu menggugat perancangan JDT seandainya pemainnya melakukan kesilapan mudah pada aksi kedua liga nanti.

Beliau berkata, penekanan akan dilakukan terutama strategi asas dan kerap mengawal bola kerana kajian statistik permainan, sama ada JDT dan pasukan lawan hanya beraksi lebih kurang 35 minit permainan secara keseluruhan.

sumber:- HM

“Jika dinilai, tempoh JDT beraksi di padang hanya 23 minit sahaja. Oleh itu dalam tempoh 23 minit kami harus melakukan banyak perkara bagi memastikan kemenangan dan sememangnya amat sukar dan kami perlu bekerja keras,” kata Mora.