Ketajaman striker import Ronald Ngah Wanja yang kini digelar Pak Ngah bersama skuad Kedah Darul Aman FC (KDA FC) semakin ditagih penyokong selepas membuktikan kemampuannya bersama skuad Sang Kenari ketika memulakan kempen saingan Liga Super men3ntang Sarawak United FC Jumaat lalu.
Penantian untuk menyaksikan sentuhan bahaya bekas pemain berasal dari Cameroon ini menjadi antara tarikan utama apabila skuad Aidil Sharin Sahak meneruskan aksi kedua men3ntang Kuala Lumpur City FC (KL City) di laman sendiri Stadium Darul Aman Rabu ini.
Di sebalik panggilan mesra oleh penyokong Kedah itu, bekas pemain kebangsaan Cameroon ini juga kagum dengan sambutan serta motivasi yang diberikan kepadanya oleh penyokong Sang Kenari sebaik menyertai pasukan itu musim ini.
Penyokong ada yang panggil nama saya Ronald, Ngah atau Wanja dan mereka boleh panggil mana-mana singkatan nama itu kerana semua nama itu memang nama saya dan jika mereka panggil saya Pak Ngah pun saya okay.
Saya akui kami memiliki penyokong yang cukup bersemangat dan mesra dengan mereka sentiasa memberi sokongan yang padu buat pasukan bagi memulakan aksi liga ini.
“Tiga mata pada perlawanan lalu, ia sangat penting buat saya dan pasukan untuk meningkatkan lagi semangat bagi menghadapi KL City Rabu ini,” katanya.
Walaupun masih terlalu awal dan ada segelintir penyokong yang menganggapnya satu cabaran besar buatnya dalam Liga Malaysia (Liga M), Wanja tetap berkeyakinan dan menganggap perkara itu sebagai cabaran.
sumber:- HM
“Bagi saya setiap liga memiliki cabaran tersendiri dan ini permulaan baik buat saya untuk menyahut cabaran itu dan saya berharap dapat memberi aksi terbaik seperti yang dinantikan semua penyokong.”