Sukan

Tiga trio tempatan malukan import bertaraf bintang

Rangkaian tiga trio di jentera depan iaitu Darren Lok, S Kumaahran dan Mahali Jasuli memberi variasi berbeza buat skuad Petaling Jaya City FC (PJ City) apabila berjaya mengejutkan Melaka United 1-0 dalam aksi Liga Super, malam tadi.

Dalam aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya itu, gol Kumaahran sudah cukup menghadiahkan tiga mata penuh buat tuan rumah sekaligus memulakan saingan musim ini dengan langkah kanan.

Jelas jurulatih PJ City, P Maniam, impak ketiga-tiga pemain itu cukup dirasai biarpun skuad The Phoenix itu hanya menggunakan 100 peratus tenaga tempatan tanpa ada seorang pun tonggak import.

Kalau kita tengok Darren dan Kumaahran dan juga Mahaliā€¦kita tak boleh lupa Mahali di mana Mahali juga layak sebab dia bekerja keras, dantiga pemain ini bawa perbezaaan dan sebab itulah mengapa mereka berada dalam kesebelasan utama.

“Mereka cukup komited dan beri yang terbaik sehingga semaksimum mungkin. Secara keseluruhan saya lihat semua pemain juga berikan terbaik begitu juga ketua pasukan K Gurusamy. Ini kerjasama berpasukan,” katanya.

Menurutnya lagi, beliau mahu persembahan sama dikekalkan untuk aksi berikutnya menentang Sabah FC di Stadium Likas, Rabu ini.

Baru perlawanan pertama, ada banyak lagi perlawanan dan saya harap sangat kita mampu teruskan, ataupun kita main lebih baik daripada apa yang kita beri hari ini (malam tadi).

sumber:- HM

“Kita berada pada landasan yang betul dan kita tak boleh rasa selesa sekarang, di mana kita ada perlawanan dengan Sabah dan perlu lakukan persediaan yang baik dan konsisten amat penting untuk PJ City,” katanya.